Lebih Berani: Menyelidiki Iman Berani Orang yang Tidak SempurnaSampel

Bolder: A Look at the Audacious Faith of Imperfect People

HARI 6 DARIPADA 7

Hari 6: Wanita Disembuhkan

Matius, Markus, dan Lukas mencatatkan kisah wanita yang mencari penyembuhan daripada Yesus ini. Ia terlalu takut untuk meminta Yesus untuk menyembuhkannya, maka ia menyentuh hujung jubah-Nya, mempercayai bahawa Dia cukup berkuasa untuk menyembuh melalui tindakan ini. Letakkanlah diri anda pada keadaannya. Ia menderita selama dua belas tahun. Fikirlah tentang seorang kanak-kanak yang anda kenali yang berumur 12 tahun, atau mungkin anda berumur 12 tahun. Ini bermaksud seluruh hidupnya (atau hidup anda)! Walau berapa umur anda pun, 12 tahun merupakan tempoh sakit yang lama. Penyakit wanita itu menyebabkannya mengalami pendarahan. Dari segi perubatan, ini bermakna ia berkemungkinan sentiasa rasa penat, barangkali tidak dapat melaksanakan tugas sehari-hari secara kerap. Dari segi agama, sebagai orang Yahudi, ini bermakna ia "najis" dan tidak dapat menyertai kegiatan agama—selama 12 tahun. Bayangkan keletihan dan kesepian yang dialaminya. Tambahan lagi, tiada doktor yang dapat menolongnya, dan tiada wang lagi yang tinggal untuk mencuba perkara yang lain. Apa lagi yang dapat dilakukan?

Kemudian, Yesus berjalan melalui kota, diminta oleh seorang kaya dan penting untuk ke rumahnya untuk menyembuhkan anak perempuannya. Wanita itu jelasnya pernah mendengar tentang Yesus dan apa yang dapat dilakukan oleh Dia kerana ia berharap dengan menyentuh jubah-Nya ia akan disembuhkan. Sama ada ia tidak mahu mengganggu Yesus atau rasa malu untuk meminta pertolongan-Nya (atau kedua-duanya), ia bertindak--dan memang berhasil! Berasa kagum, wanita itu seolah-olah ingin berbaur dengan orang ramai tanpa disedari, tetapi Yesus berhenti dan bercakap terus dengannya.

Bayangkan waktu itu. Anda berusaha untuk tidak menarik perhatian, anda mendapat apa yang diinginkan, kemudian Yesus menghentikan orang ramai dan bertanya, "Siapa menyentuh Aku?" Jika anda berlari, mungkin ketara sangat. Jika anda memandang sekeliling seolah-olah bukan anda, adakah Dia tahu, lalu memburukkan lagi keadaan dengan memanggil anda kerana mendiamkan diri? Wanita itu membuat keputusan untuk tampil ke hadapan, menundukkan kepala dan mengakuinya—di hadapan semua orang. Bagi kita yang pernah membaca Alkitab dan melihat bagaimana Yesus melayan orang, kita tidaklah hairan dengan respons baik Yesus, tetapi wanita ini dan orang di sekelilingnya mungkin hairan. Yesus meluangkan masa meskipun Dia tergesa-gesa untuk menolong orang yang lain dan bercakap dengan wanita ini, memuji imannya. Yesus berkata imannya telah menyembuhkannya. Imannya? Ia cuba menyembunyikan diri. Ia tidak mahu menarik perhatian dan mungkin berasa terdesak; berkemungkinan besar ia rasa tidak cukup layak untuk meminta pertolongan. Namun, akhirnya, ia masih mendekati Yesus dengan berani, dan itu adalah mencukupi. Yesus tidak meminta iman yang besar berbanding dengan orang lain; Dia hanya meminta kita untuk mendekati Dia dengan apa pun iman yang kita miliki. Itu memerlukan keberanian, tetapi yakinlah bahawa Dia akan mengendalikan perkara yang seterusnya.

Soalan Renungan/Perbincangan:

1. Adakah lingkungan hidup anda yang kekurangan keberanian kerana anda rasa anda tidak cukup baik?

2. Pernahkah anda melihat Yesus mengambil sesuatu yang anda rasa tidak baik dan melakukan sesuatu yang mengagumkan dengannya? Jelaskan atau berkongsi.

3. Apakah satu perkara yang anda fikir anda harus bawa kepada Yesus walaupun anda rasa takut untuk berbuat demikian?

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Bolder: A Look at the Audacious Faith of Imperfect People

Keberanian tidak perlu besar-besaran dan dihebahkan untuk dilihat oleh semua orang; keberanian cumalah tindakan membawa apa jua yang anda miliki kepada Yesus dan mempercayai Dia dengan hasilnya. Sertailah kami untuk pengembaraan tujuh hari ini untuk membincangkan iman berani orang yang tidak sempurna.

More

Kami berterima kasih kepada Berea kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://berea.org