Lebih Berani: Menyelidiki Iman Berani Orang yang Tidak SempurnaSampel
Hari 5: Natan
Anda ingat Daud daripada renungan semalam? Daud ialah lelaki yang hebat. Kecuali waktu ia berbuat jahat. Daud melakukan banyak perkara yang mengagumkan, seperti menerima keputusan Allah untuk menjadikannya raja dan bersabar ketika menunggu gilirannya untuk menjadi raja. (Ia menunggu sehingga pemerintahan Saul berakhir, bukannya menggulingkannya untuk menaiki takhta sebelum Allah mahu ia mula memerintah.) Walau bagaimanapun, Daud juga melakukan beberapa kesalahan yang besar. Kesalahannya yang paling besar ialah kecurangan dengan isteri orang yang lain dan membunuh si suami itu di medan perang; pada dasarnya, ia membunuh untuk menyembunyikan dosanya. Namun, Daud ialah raja ketika ini, maka siapakah yang akan menganggapnya bertanggungjawab terhadap peristiwa itu? Siapakah yang dapat menuduh raja membunuh dan tidak dibunuh?
Masuklah nabi Natan. Sebagai seorang nabi, tugas Natan ialah bercakap kepada umat bagi pihak Allah. Namun, Natan ialah manusia biasa. Jika anda membaca kitab Raja-raja dan Tawarikh, bercakap bagi pihak Allah tidak bermakna raja tidak akan cuba membunuh anda jika ia tidak suka apa yang dikatakan oleh Allah melalui anda. Oleh itu, Natan menghadapi situasi yang susah, tetapi ia mentaati Allah dengan berani dan mendatangi Daud. Walau bagaimanapun, cara Natan mendatangi Daud hanya dapat digambarkan sebagai bijak (dan mungkin diilhami Allah). Natan tahu Daud akan marah (Siapakah yang tidak marah jika kedapatan berdosa?), tetapi Natan menemui cara untuk menyalurkan kemarahan Daud terhadap dosanya secara bijak. Natan memberitahu Daud satu cerita, yang anda baca dalam petikan hari ini. Daud menjadi amat marah pada orang kaya dalam cerita itu kerana cara ia melayan lelaki yang miskin itu sehinggakan ia mengarahkan agar lelaki yang kaya itu dihukum mati. Selepas itu Natan mengatakan sesuatu yang mengejutkan: “Tuanku adalah orang itu!”
Bayangkan perasaan Natan, berapa kali ia melatih lidah supaya dapat mengisahkan cerita itu, dan bayangkan akibatnya. Ia pasti gelisah, jika bukan sangat gentar. Pada ketika itu, adakah ia teragak-agak? Adakah ia menarik nafas panjang? Kita hanya mengetahui bahawa ia mengatakannya. Ia menegur Daud, walau apa pun kedudukan Daud dan apa pun respons Daud terhadapnya. Syukurlah bagi Natan, dan pujian kepada Daud, Daud mengakuinya.
Suasana pada waktu itu berubah. Respons Natan terhadap kerendahan hati, pengakuan, dan pertaubatan Daud ialah belas kasihan. Natan cuma menyampaikan berita respons Allah terhadap Daud, tetapi ia memastikan ia mengingatkan Daud selepas ia mengakui dosanya dan bertaubat, “TUHAN sudah mengampuni tuanku." Daud masih perlu menanggung akibat tindakannya, tetapi rasa bersalahnya sudah diampunkan oleh Allah. Maka, apa pun keadaan anda—kedapatan berdosa atau perlu menegur seseorang—anda boleh berdiri dengan berani untuk menghadapi ketakutan atau menghadapi akibatnya kerana "Allah sudah mengampuni dosa anda.”
Soalan Renungan/Perbincangan:
1. Pernahkah anda perlu menegur seseorang kawan tentang tindakannya yang menyinggung perasaan orang lain? Bagaimanakah anda melakukannya? Apakah hasilnya? Adakah anda akan melakukannya secara berbeza lain kali?
2. Baca Amsal 25:15 sekali lagi. Bagaimanakah ayat ini mencadangkan cara mengadakan perbualan yang susah?
3. Pernahkah anda mendapat respons yang buruk terhadap orang yang menyatakan kesalahan anda? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan keberanian untuk mengakui kesalahan anda apabila ini berlaku lagi?
Perihal Pelan
Keberanian tidak perlu besar-besaran dan dihebahkan untuk dilihat oleh semua orang; keberanian cumalah tindakan membawa apa jua yang anda miliki kepada Yesus dan mempercayai Dia dengan hasilnya. Sertailah kami untuk pengembaraan tujuh hari ini untuk membincangkan iman berani orang yang tidak sempurna.
More