Lebih Berani: Menyelidiki Iman Berani Orang yang Tidak SempurnaSampel

Bolder: A Look at the Audacious Faith of Imperfect People

HARI 4 DARIPADA 7

Hari 4: Yonatan

Yonatan ialah anak lelaki sulung Saul, raja pertama Israel. Biasanya, apabila seseorang raja mangkat, anak lelaki sulungnya akan menaiki takhta. Malangnya bagi Yonatan, Saul telah ditolak oleh Allah kerana keingkarannya (lihat 1 Samuel 15), oleh itu, Allah memilih Daud untuk menggantikannya sebagai raja. Daud sabar dan menantikan waktu Allah untuk menaiki takhta, bukannya memaksa diri untuk menjadi raja sebelum pemerintahan Saul berakhir.

Cuba letakkan diri pada situasi Yonatan. Anda ialah seorang putera. Bapa anda ialah raja. Anda hidup di istana, kehidupan anda baik. Kemudian, bapa anda membuat beberapa pilihan yang salah dan merosakkan masa depan anda. Apakah perasaan anda tentang orang yang dipilih untuk menaiki takhta selepas bapa anda, bukannya anda?

Walau apa pun perasaan Yonatan pada mulanya, kita melihat bahawa Yonatan dan Daud menjadi kawan karib. Saul, yang sebenarnya bapa mertua Daud, mempunyai hubungan yang rumit dan jatuh bangun dengan Daud. Ada kalanya, Saul nampaknya suka Daud, tetapi makin kerapnya, Saul cuba membunuh Daud.

Namun, Yonatan tidak pernah goyah. Ia tetap setia sebagai kawan dan sekutu. Dalam 1 Samuel 20, kita membaca tentang Yonatan yang memberitahu Daud untuk melarikan diri daripada bapanya, Saul, yang ingin membunuh Daud (lagi). Bayangkan betapa susahnya keadaan itu bagi Yonatan. Ia sedar bahawa takhta itu telah diberikan kepada Daud oleh Allah. Ia menjadi orang tengah antara bapanya, raja ketika itu, dan kawannya, raja akan datang. Ia perlu memilih untuk menyebelahi satu pihak dan masih memuliakan pihak yang satu lagi. Yonatan membuat pilihan: Ia menyebelahi orang yang telah dipilih oleh Allah. Ia membuat keputusan untuk menyokong perbuatan Allah. Itu tidak memudahkan hidupnya, tetapi hidupnya berakhir tanpa menjejaskan wataknya.

Keberanian Yonatan memandang ke depan. Ia sedar ia tidak akan menjadi raja dan keturunan diraja bapanya akan berakhir. Bapanya tidak mengatur masa depannya dengan baik, tetapi Yonatan memandang masa depannya dan mengatur masa depan anak lelakinya. Ia memilih untuk menerima peranan latar dalam gambar keseluruhan Allah, menolak kecemburuan yang menguasai bapanya, yang membolehkan anak lelakinya untuk menerima manfaatnya.

Soalan Renungan/Perbincangan:

1. Adakah anda kenal orang yang keberaniannya mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada diri sendiri daripada orang lain? Apakah perasaan anda tentang watak orang itu?

2. Apakah satu cara anda boleh menjadi berani bagi pihak orang lain?

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Bolder: A Look at the Audacious Faith of Imperfect People

Keberanian tidak perlu besar-besaran dan dihebahkan untuk dilihat oleh semua orang; keberanian cumalah tindakan membawa apa jua yang anda miliki kepada Yesus dan mempercayai Dia dengan hasilnya. Sertailah kami untuk pengembaraan tujuh hari ini untuk membincangkan iman berani orang yang tidak sempurna.

More

Kami berterima kasih kepada Berea kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://berea.org