Lebih Berani: Menyelidiki Iman Berani Orang yang Tidak SempurnaSampel
Hari 3: Stefanus
Stefanus merupakan orang Kristian pertama yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya (seseorang yang dibunuh kerana kepercayaannya) selepas ia menyampaikan ucapan yang berapi-api kepada beberapa pemimpin agama; ia menyatakan sejarah bangsa Israel. Dalam ucapannya, Stefanus menjelaskan dengan terus-terang bagaimana orang Israel telah menolak Allah berulang kali, walaupun Allah telah melindungi mereka dan menyelamatkan mereka berulang kali. Namun, Stefanus bukanlah penceramah yang berapi-api pada asalnya. Ia mula dengan menghidangkan makanan. Dalam Kisah Rasul-rasul 6, kita melihat murid-murid cuba menyelesaikan satu masalah. Terdapat terlalu banyak kerja dengan jumlah orang yang makin bertambah. Adanya balu yang perlu dijaga tetapi mesej Yesus juga perlu dikhabarkan! Tidak penjagaan umat dan tidak juga pengkhabaran injil boleh diketepikan. Maka, murid-murid mendapatkan bantuan.
Satu perkara yang menarik tentang cara mereka memilih orang yang akan membantu ialah standard tinggi pemilihan itu. Kita mungkin tertanya-tanya jika betul-betul penting siapa yang menghidangkan makanan kepada balu asalkan mereka diberi makan. Walau bagaimanapun, murid-murid itu mencari orang yang tertentu untuk tugas itu: "mempunyai nama baik", "dipenuhi Roh Kudus," dan "kebijaksanaan". Mengapakah sifat tersebut penting bagi tugas itu?
Stefanus dipilih untuk tugas ini berserta dengan enam orang yang lain dan secara khususnya digambarkan sebagai "dikuasai oleh Roh Allah." Dia juga digambarkan sebagai "sangat diberkati oleh Allah" dan "diberikan-Nya kuasa untuk melakukan mukjizat" (6:8). Stefanus menonjol sehinggakan pemimpin agama memandangnya sebagai ancaman. Mereka mencari saksi palsu yang berbohong tentang Stefanus, mengatakan bahawa ia meluahkan kata-kata kufur tentang Allah dan agama Yahudi; akibatnya, Stefanus dibunuh.
Pada saat ini anda mungkin berfikir, “Tapi saya bukan seorang penceramah, saya tidak berani, dan saya akan melarikan diri jika ada orang yang ingin membunuh saya. Saya tidak mungkin berani seperti Stefanus.” Memanglah penting untuk mengingati bahawa ia tidak semestinya bermula sebagai seorang yang berani. Apabila tindakan beraninya disebut, juga dikatakan ialah kenyataan bahawa ia "dipenuhi Roh Kudus" dan "dipenuhi kasih kurnia dan kuasa rohani". Sepanjang Alkitab, apabila Roh Kudus diam dalam seseorang, orang itu berkuasa. Ada kalanya ternyata sebagai kekuatan fizikal (lihatlah Simson dalam kitab Hakim-hakim), tetapi sering kalinya keupayaan untuk melakukan atau mengatakan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan tanpa Roh Kudus. Dengan kata lain, jika anda kekurangan keberanian untuk melakukan perkara yang disedari adalah betul, Roh Kudus dapat memberikan anda keberanian itu! Anda mungkin atau tidak berhadapan dengan kematian kerana mengikuti Yesus seperti Stefanus, tetapi anda boleh mengetahui bahawa Roh yang sama yang memberikannya keberanian untuk tetap setia kepada Yesus semasa berhadapan dengan penganiayaan yang teruk (sebenarnya, pembunuhan) ialah Dia yang diam dalam anda apabila anda memilih untuk mengikut Yesus.
Soalan Renungan/Perbincangan:
1. Bagaimanakah hasil dalam Kisah Rasul-rasul 6:7 berkaitan dengan standard pekerja yang dipilih dalam 6:3?
2. Apakah persamaan yang anda perhatikan antara Stefanus dan Yesus?
3. Jika anda telah memilih untuk mengikut Yesus, untuk menerima pengorbanan-Nya bagi anda, dan untuk mengabdikan hidup anda kepada-Nya, pernahkah anda melihat Roh Kudus bekerja dalam hidup anda? Bagaimana?
4. Jika anda belum membuat keputusan itu, apakah satu halangan atau soalan anda dan bagaimana anda mencari jawapannya?
Perihal Pelan
Keberanian tidak perlu besar-besaran dan dihebahkan untuk dilihat oleh semua orang; keberanian cumalah tindakan membawa apa jua yang anda miliki kepada Yesus dan mempercayai Dia dengan hasilnya. Sertailah kami untuk pengembaraan tujuh hari ini untuk membincangkan iman berani orang yang tidak sempurna.
More