Lebih Berani: Menyelidiki Iman Berani Orang yang Tidak SempurnaSampel

Bolder: A Look at the Audacious Faith of Imperfect People

HARI 2 DARIPADA 7

Hari 2: Ester

Kita berada di tengah-tengah cerita dalam bab 4, marilah kita ikuti cerita itu (Jangan malu-malu untuk baca seluruh kitab Ester!): Ester, seorang Yahudi, telah dijadikan permaisuri selepas Raja Xerxes Persia (atau Ahasyweros bergantung pada terjemahan anda) murka terhadap bekas isterinya. Haman, orang kanan Raja Xerxes, amat membenci Mordekhai, bapa saudara Ester kerana Mordekhai enggan sujud kepadanya (kerana orang Yahudi hanya sujud kepada Allah). Kebencian Haman menjangkau seluruh bangsa Yahudi dan memutarbelitkan cerita untuk meyakinkan Raja Xerxes untuk membunuh semua orang Yahudi. Raja Xerxes bersetuju kerana salah menaruh kepercayaan dan maklumat yang salah.

Dalam Ester 4, Mordekhai mencabar Ester untuk menggunakan kedudukannya sebagai permaisuri untuk menyelamatkan orang Yahudi. Rasa berat hati Ester memang munasabah kerana ia menjadi permaisuri kerana raja telah menceraikan bekas isterinya, dan sudah sebulan raja tidak memanggilnya untuk menghadapnya. Adakah raja akan membenarkan Ester untuk bercakap dengannya? Ia berkemungkinan dibunuh jika ia menghadap raja tanpa dipanggil.

Keberanian Ester semasa berhadapan dengan kematian yang mungkin tidak timbul secara tiba-tiba. Nampaknya dua perkara telah menyakinkannya untuk bertindak meskipun takut akan keselamatannya: kata-kata semangat yang baik dan sokongan daripada pasukannya. Jika anda bermain sukan atau pernah menonton wayang yang melibatkan sukan, anda dapat membayangkan keadaan itu: Jurulatih atau kapten memberikan ucapan yang mengilhami pasukan untuk mengenang kembali sebab mereka perlu terus bermain walaupun ketinggalan di belakang. Pasukan itu berhimpun bersama-sama, bersatu dan yakin bahawa walau apa pun keputusannya, mereka ialah satu pasukan dan boleh mempercayai satu sama yang lain di padang. Ester mempunyai pengalaman yang serupa. Setelah mesej Mordekhai meyakinkannya bahawa ia perlu menghadap raja, ia memerlukan sokongan. Ester meminta orang yang akrab dengannya untuk berpuasa bersama dengannya untuk menyiapkan diri untuk menghadap raja, dan ia meminta Mordekhai untuk meminta semua orang untuk menyertai mereka juga--dan mereka berbuat demikian.

Kata-kata Mordekhai dalam 4:14 bukan sahaja mengilhami Ester untuk bertindak malah mengilhami banyak orang lain untuk bertindak meskipun bimbang tentang generasi seterusnya. Perkataan "menggalakkan" berasal daripada idea memberi keberanian. Kita melihat keberanian Ester dalam kerelaannya pergi menghadap raja dan dalam persediaannya (ia membuat rancangan), dan kita melihat keberanian Mordekhai semasa ia memberikan anak saudaranya keberanian untuk menggunakan apa yang dimilikinya demi kepentingan bangsanya.

Soalan Renungan/Perbincangan:

1. Bilakah anda rasa takut untuk melakukan sesuatu yang anda tahu harus dilakukan dan dorongan seseorang telah menggerakkan anda?

2. Siapakah dalam hidup anda sekarang ini yang memerlukan keberanian anda?

3. Sekarang ini adakah anda berada dalam kedudukan untuk menolong orang lain tetapi dihambat rasa takut? Apakah satu langkah yang anda boleh ambil untuk memperoleh keberanian yang diperlukan?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Bolder: A Look at the Audacious Faith of Imperfect People

Keberanian tidak perlu besar-besaran dan dihebahkan untuk dilihat oleh semua orang; keberanian cumalah tindakan membawa apa jua yang anda miliki kepada Yesus dan mempercayai Dia dengan hasilnya. Sertailah kami untuk pengembaraan tujuh hari ini untuk membincangkan iman berani orang yang tidak sempurna.

More

Kami berterima kasih kepada Berea kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://berea.org