Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Perantara Kita
Betapa menyenangkan hati mengetahui bahawa Kristus menjadi perantara untuk kita di syurga. Mengapakah itu penting? Kerana iblis akan datang dan membisikkan kepada kita, "Pergilah dan berbuat jahat. Tiada orang yang akan mengetahuinya. Saya tidak akan memberitahu sesiapa pun jika anda tidak mendedahkannya." Maka kita memakan umpan itu dan melakukan perkara yang salah.
Selepas itu, iblis akan datang kepada kita lagi dan berkata, "Kamu munafik yang menyedihkan! Adakah kamu rasa kamu layak mendekati Allah? Adakah kamu rasa Allah akan mendengar doa kamu?" Dia datang dengan godaan, dan apabila kita terperangkap, dia kembali dengan tuduhannya.Bayangkannya sebagai bilik pembicaraan dengan Yesus sebagai peguambela kita dan iblis sebagai pendakwa. Alkitab mengatakan bahawa iblis mendakwa kita di hadapan Allah, siang dan malam (lihat Wahyu 12:10). Pada dasarnya dia memberitahu Allah, "Engkau tahu bahawa orang ini adalah seorang yang munafik. Dia bukanlah orang Kristian yang baik. Engkau tidak harus mendengar doanya."
Yesus akan menjawabnya, "Ya, Aku tahu bahawa dia memang bermasalah, tetapi Aku mencintainya dan bersyafaat untuknya." Itulah Pengantara kita, bersyafaat di hadapan Allah bagi pihak kita.
Kebangkitan Yesus Kristus meyakinkan saya bahawa Dia bersyafaat untuk saya di syurga. Roma 8:34 mengatakan, "Siapakah dapat menyalahkan kita? Tiada seorang pun, kerana Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah."
Dan Ibrani 7:25 memberitahu kita, "Oleh itu, baik sekarang ataupun selamanya, Dia dapat menyelamatkan orang yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk memohon kepada Allah bagi mereka."
Adalah tidak sukar untuk menjadi orang Kristian; tetapi adalah mustahil -- tanpa bantuan Allah. Disebabkan Yesus telah mati dan bangkit semula, Dia bersyafaat untuk kita di hadapan Bapa.Ringkasan: Penuduh itu ingin menghukum; Yesus yang telah bangkit bersyafaat bagi pihak anda.Hak cipta © 2012 oleh Harvest Ministries. Semua hak terpelihara.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org