Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 29 DARIPADA 30

Sudut Pandangan Kesengsaraan

Rasul Paulus tahu banyak mengenai kesengsaraan. Dia menulis dalam 2 Korintus 1:8-9, "Beban yang ditanggungkan atas kami adalah begitu besar dan begitu berat, sehingga kami telah putus asa juga akan hidup kami. Bahkan, kami merasa seolah-olah kami telah dijatuhi hukuman mati. Tetapi hal itu terjadi, supaya kami jangan menaruh kepercayaan pada diri kami sendiri, tetapi hanya kepada Allah yang membangkitkan orang-orang mati.

Betapa jujurnya kenyataan daripada rasul tersebut: sehingga kami telah putus asa juga akan hidup kami. Kami merasa seolah-olah kami telah dijatuhi hukuman mati. Oleh itu, inilah yang kami lakukan. Supaya kami jangan menaruh kepercayaan pada diri kami sendiri, tetapi hanya kepada Allah yang membangkitkan orang-orang mati.

Paulus juga menyatakan bahawa kita harus mengambil pertolongan yang kita terima dari Tuhan dan berkongsikannya kepada orang lain: "Dia menghibur kami dalam segala penderitaan kami, sehingga kami sanggup menghibur mereka yang berada dalam bermacam-macam penderitaan dengan penghiburan yang kami terima sendiri dari Allah. Sebab sama seperti kami mendapat bagian berlimpah-limpah dalam kesengsaraan Kristus, demikian pula oleh Kristus kami menerima penghiburan berlimpah-limpah" (2 Korintus 1:4-5).

Saya rasa kita akan mempunyai sudut pandangan yang berbeza terhadap kesengsaraan kita jika kita dapat melihat apa sebenarnya kesengsaraan itu. Mungkin terdapat seseorang yang sangat menderita sedang membaca renungan ini. Tetapi saya berfikir banyak kali bahawa kesengsaraan yang kita alami tidaklah seteruk yang kita sangka. Kita memerlukan sudut pandangan.Saya telah pergi ke hospital beberapa kali untuk melawat orang yang sakit tenat, dan mereka melakukan pelayanan lebih baik kepada saya daripada pelayanan saya kepada mereka. Mereka akan berkongsi apa yang Tuhan tunjukkan kepada mereka melalui Kitab Suci, bagaimana Dia menunjukkan penghiburan-Nya kepada mereka, dan bagaimana Dia menguatkan mereka. Dan saya berjalan keluar dengan sudut pandangan yang baru kerana pertolongan mereka.

Ayat ringkasan: Ketika kita melihat bagaimana kesengsaraan yang sebenar, kita memperoleh sudut pandangan yang berbeza.

Hakcipta©2012 daripada Harvest Ministries. Hak cipta terpelihara.

Petikan Kitab diambil daripada Alkitab Terjemahan Baru Indonesia, hakcipta 1974. (Petikan Kitab asal diambil daripada Holy Bible, New Living Translation, hakcipta 1996, 2004. Digunakan dengan kebenaran Tyndale House Publishers, Inc., Wheaton, Illinois 60189.) Hak cipta terpelihara.
Hari 28Hari 30

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org