Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Jangan Sia-siakan Kesakitan Anda
Adalah penting untuk memikirkan kesakitan orang lain, kerana kesakitan akan datang dalam hidup kita. Mungkin anda menginginkan kehidupan yang tidak ada kesakitan. Sukar untuk memberitahu, tetapi hal itu tidak mungkin akan terjadi.
Secara peribadi, saya cuba untuk mengelakkan kesakitan. Jika saya sakit kepala, perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari Tylenol, kerana saya mahu sakit tersebut hilang. Ketika saya baring di kerusi di klinik doktor pergigian dan alat pergigian masuk ke tempat yang salah, saya akan beritahu dengan segera, kerana saya mahu kesakitan itu berhenti. Dan ketika kesakitan datang ke dalam hidup kita, kita pun ingin melakukan hal yang sama. Kita mahu kesakitan itu berhenti. Tetapi kita tidak boleh mengawalnya. Kesakitan akan datang ke dalam hidup kita. Penderitaan akan datang ke dalam hidup kita.
Ramai antara kita yang mungkin akan mengalami peristiwa yang menyedihkan. Hanya menunggu waktu. Datuk dan nenek akan meninggal. Ibu bapa akan meninggal. Seseorang yang rapat dengan kita mungkin akan meninggal tanpa disangka. Seseorang yang kita ambil berat mungkin akan sakit tenat. Kita mungkin akan sakit tenat. Atau sesuatu yang tidak masuk akal mungkin berlaku. Kesakitan akan datang. Dan anda tidak akan tahu mengapa ia datang.
Anda tidak boleh halang kesakitan untuk datang, tetapi anda boleh memilih apa yang akan anda lakukan dengan kesakitan tersebut. Anda tidak boleh mengelak darinya, tetapi anda boleh memanfaatkannya. Inilah prinsip efektif: Jangan sia-siakan kesakitan anda. Saya mendengar pernyataan ini pertama kali daripada pasangan yang kematian anaknya. Kami bercerita agak lama, dan mereka kemudiannya berkata kepada saya, "Greg, kami tidak ingin mensia-siakan kesakitan kami."
Kata-kata tersebut sangat memberi kesan kepada saya. Saya berfikir, Wow. Cara yang baik untuk memandangnya. Itu merupakan sudut pandangan yang betul, kerana kita juga akan menderita. Jangan sia-siakan kesakitan anda.
Ayat ringkasan: Jangan sia-siakan kesakitan saya, Allah!
Hakcipta © 2012 daripada Harvest Ministries. Hak cipta terpelihara.
Petikan Kitab diambil daripada Holy Bible, New Living Translation, hakcipta 1996, 2004. Digunakan dengan kebenaran Tyndale House Publishers, Inc., Wheaton, Illinois 60189. Hak cipta terpelihara.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org