Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Penyelamat yang Rendah Hati
Sekiranya anda ialah Allah, adakah anda akan tergoda untuk melakukan mukjizat untuk diri sendiri? Saya akan rasa tergoda. Sekiranya saya ialah Yesus, daripada berjalan melalui jarak yang jauh, saya akan mengatakan, "Saya akan pergi ke sana sekarang," dan muncullah saya di sana.
Saya juga tidak akan memakan makanaan pada zaman Yesus. Bukankah Allah mengetahui sesuatu terlebih dahulu. Dia mengetahui tentang masa depan. Oleh itu, Dia mengetahui bahawa In-N-Out Burger akan ditubuhkan. Dia mengetahui bahawa semua makanan yang kita nikmati pada hari ini akan dihasilkan pada suatu hari nanti. Jadi, saya akan menghantar murid-murid saya untuk pergi memancing sementara saya menikmati makanan saya dari In-N-Out.
Tetapi Yesus tidak pernah melakukan perkara macam itu. Walaupun semasa Dia betul-betul kebuluran waktu percubaan-Nya di padang gurun, Dia tidak memerintahkan batu itu menjadi roti seperti yang dicadangkan oleh iblis. Dia menjawab, "Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja’" (Lukas 4:4).
Yesus sentiasa berfikir tentang orang lain. Maka, apakah yang dinyatakan tentang-Nya apabila Dia mengucapkan kata-kata ini pada salib, "Aku dahaga" (Yohanes 19:28)? Pencipta alam semesta mengatakan, "Aku dahaga." Pada pendapat anda, dapatkah Yesus menyelesaikan masalah-Nya sendiri? Adakah Dia dapat berfirman dan menciptakan air? Ya. Yesus berupaya membawa Air Terjun Niagara di hadapan-Nya jika Dia mahu. Sebaliknya, Dia mengatakan, "Aku dahaga."
Ini mengingatkan kita bahawa walaupun Yesus Kristus adalah Allah sepenuhnya, Dia juga manusia sepenuhnya. Dia tidak pernah menyerahkan ketuhanan-Nya, walaupun Dia tidak sentiasa mengerjakan keupayaan melakukan mukjizat sesuka hati-Nya. Dia menyelebungi kemuliaan-Nya. Dia memang sentiasanya Allah. Inilah sebabnya mengapa kematian-Nya, dan kematian-Nya sahaja, adalah memadai untuk memenuhi tuntutan kebenaran Bapa.
Ringkasan: Yesus tidak pernah menyerahkan ketuhanan-Nya walaupun Dia bersifat rendah hati!
Hak cipta © 2012 oleh Harvest Ministries. Hak cipta terpelihara.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org