Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 25 DARIPADA 30

Kata-kata Terakhir

Saya membaca satu artikel mengenai penyanyi tenor Opera Metropolitan, Richard Versalle, yang menaiki tangga semasa persembahannya ketika dia menyanyikan, "Sayangnya anda hanya boleh hidup begitu lama. Sejurus selepas itu dia terkena serangan jantung dan meninggal. Ironinya, itu menjadi kata-kata terakhirnya.

Suatu hari nanti, kita semua akan memberikan kata-kata terakhir kita, permintaan dan wasiat kita. Anda mungkin tahu bila anda memberinya, namun anda juga mungkin tidak tahu. Oleh itu, apakah yang akan menjadi kata-kata terakhir anda? Bagaimanakah anda dapat simpulkan tentang kehidupan anda?

Mungkin anda sedang hidup dengan perasaan bersalah sekarang. Mungkin berat dosa anda telah datang kepada anda seperti batu-bata. Mungkin anda telah melakukan sesuatu baru-baru ini dan mulai sedar betapa teruknya perkara tersebut. Mungkin anda telah melakukan sesuatu beberapa tahun lalu. Apa pun perkara tersebut, anda sedang hidup dengan perasaan bersalah yang berat dan tidak tahu bagaimana untuk menghilangkannya. Apakah yang anda perlu lakukan?

Perasaan bersalah merupakan simptom dosa. Tidak ada gunanya untuk hanya merawat simptom. Pergilah kepada sumbernya. Anda memerlukan pengampunan. Hanya ada satu jalan agar dosa anda diampuni, iaitu daripada Allah melalui Yesus Kristus. Oleh sebab itu, jika anda katakan kepadaNya, "Tuhan, saya menyesal atas dosa saya. Ampunilah saya," dan Dia akan mengampuni anda. Satu-satunya dosa yang Allah tidak akan ampunkan ialah dosa yang kita tidak akui. Alkitab menyatakan "Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan" (1 Yohanes 1:9).

Jika Dia mengampuni orang yang menyalibkan Dia di kayu salib, sudah pasti Dia akan mengampuni anda atas apa sahaja dosa yang telah anda lakukan. Tidak kira betapa teruknya dosa kita, tidak kira betapa sukarnya untuk difahami, Dia akan mengampuni.

Ayat ringkasan: Allah mengampuni saya dan saya boleh mengampuni orang lain!

Hakcipta © 2012 oleh Harvest Ministries. Hak cipta terpelihara.
Hari 24Hari 26

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org