Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Pekerjaan-Nya, Cara-Nya, Waktu-Nya
Sesetengah orang memulakan projek dengan amat bersemangat tetapi tidak selalu menamatkannya. Itulah saya. Saya berasa sangat bersemangat tentang memulakan sesuatu, tetapi ada kalanya saya kehilangan minat. Contohnya, apabila saya memasak, saya berasa bersemangat tentang menyediakan makanan dan memakannya, tetapi saya tidak suka membersihkan selepas itu. Ataupun bila tiba masa untuk membuang sampah, saya akan menyelesaikan tiga perempat daripadanya, dan saya akan berkata, "Saya akan menyelesaikan selebihnya nanti." Cuba teka apa yang berlaku. Saya tidak pernah menyelesaikannya.
Tidakkah anda bersyukur kerana Allah bukan begitu? Bayangkan sekiranya Allah mengatakan, "Kamu tahu bahawa Aku mengasihi kamu. Aku telah memilih kamu. Aku ingin mengubah kamu kepada gambar Aku. Tetapi Aku berasa bosan dengan kamu. Aku akan beralih kepada orang yang lain sekarang."
"Apa? Tunggu. Engkau tidak mahu menyelesaikannya?"
"Tidak. Saya telah beralih kepada orang yang lain. Aku menemui seorang yang lebih menarik daripada kamu."
Tetapi Allah menyelesaikan hal yang telah dimulakan-Nya. Kitab Suci memberitahu kita bahawa "iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir" (Ibrani 12:2, penegasan ditambahkan). Dan Filipi 1:6 mengatakan, "Akan hal ini aku yakin sepenuhnya, yaitu Ia, yang memulai pekerjaan yang baik di antara kamu, akan meneruskannya sampai pada akhirnya pada hari Kristus Yesus."
Tetapi inilah hal yang harus kita ingat: Allah melakukan pekerjaan-Nya dalam cara-Nya pada waktu-Nya. Seperti yang dinyatakan dalam Pengkhutbah 3:11, "Ia membuat segala sesuatu indah pada waktunya." Tetapi ada kalanya kita menjadi tidak sabar dengan Allah. Kita mengatakan, "Tuhan, selesaikan ini!"
Dia akan menyelesaikannya--anda boleh yakin akan itu. Tetapi ada kalanya bila kita tidak melihat sebarang perkembangan yang nyata, kita berfikir bahawa Allah telah hilang minat dengan kita atau mungkin telah meninggalkan kita. Kita perlu mengingati bahawa ini tidak pernahlah keadaannya. Dia akan menyelesaikan apa yang telah dimulakan-Nya.
Ringkasan: Tidakkah anda bersyukur kerana Allah akan melengkapkan apa yang telah dimulakan-Nya dalam diri anda?
Hak cipta © 2012 oleh Harvest Ministries. Semua hak terpelihara.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, Kitab Suci dipetik daripada Terjemahan Baru. Hak cipta © 1974 oleh Lembaga Alkitab Indonesia. Digunakan dengan kebenaran. Semua hak terpelihara.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org