Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 22 DARIPADA 30

Doa untuk Musuh

Kenyataan pertama yang dilakukan Yesus dari salib adalah "Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat" (Lukas 23:34). Mungkin kita akan lebih memahaminya jika Dia berkata, "Ya Bapa, kutuklah mereka," atau "Ya Bapa, hakimilah mereka." Tetapi perkara pertama yang Yesus katakan dari atas kayu salib adalah sebuah doa untuk para musuhNya: "Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat."

Yesus mengamalkan apa yang diajarNya. Ingatkah dalam Khotbah di Bukit Dia mengatakan, "Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" (Matius 5:44)

Dan Yesus juga memenuhi nubuat Mesias. Yesaya 53, yang ditulis beratus-ratus tahun sebelum Kristus mati, mengatakan bahawa Mesias akan menjadi pengantara bagi pemberontak-pemberontak. Dan itulah sebenarnya yang Yesus lakukan. Dia menjadi pengantara bagi semua orang yang memainkan peranan dalam kematianNya.

Pilatus sendiri tahu bahawa Yesus tidak bersalah. Dia berkata, "Aku tidak mendapati kesalahan apa pun pada orang ini" (Lukas 23:4). Tetapi kerana dia sangat mementingkan karier dan posisinya, dia tidak mengampuni Yesus dan melepaskanNya. Imam-imam kepala tahu bahawa tiada hukuman yang sah yang boleh dikenakan terhadap Kristus. Malah kepala pasukan yang berada dekat salib mengatakan "Sungguh, orang ini adalah Anak Allah!" (Markus 15:39). Yudas Iskariot tahu bahawa dia telah melakukan kesalahan dengan mengatakan, "Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tak bersalah" (Matius 27:4).

Pada dasarnya Yesus mengatakan, "Ya Bapa, ampunilah mereka. Mereka tidak menyedari betapa buruknya ini. Ampunilah mereka, kerana mereka sangat memerlukan pengampunan. Ampunilah mereka, kerana mereka telah melakukan dosa yang melampaui segala akal. Ampunilah mereka, kerana mereka telah melakukan sesuatu yang melampaui buruk. Ya Bapa, ampunilah mereka."

Bilakah kali terakhir anda berdoa untuk musuh-musuh anda?

Ayat ringkasan: Mengapakah perlunya saya berdoa untuk musuh-musuh saya?

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org