Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 21 DARIPADA 30

Apabila Maut Mati

Musuh yang terakhir, yang dibinasakan ialah maut. (1 Korintus 15:26)

Steve Jobs, dalam ucapan tamat pengajian di Universiti Stanford pada tahun 2005, mengatakan ini tentang kematian:

Tiada seorang pun yang ingin mati. Malah, orang yang ingin ke Syurga pun tidak mahu mati untuk sampai ke sana. Namun maut merupakan destinasi yang kita semua kongsikan. Tiada siapa yang pernah terlepas daripadanya. Dan memang harus begitu, kerana Maut berkemungkinan besar adalah ciptaan terbaik dari Kehidupan. Ia adalah agen perubahan Kehidupan. Ia membersihkan yang lama untuk memberi laluan kepada yang baru. Sekarang, yang baru ialah anda, tetapi suatu hari nanti, tidak lama dari sekarang, anda akan beransur-ansur menjadi yang lama dan dibersihkan. Maaf kerana menjadi terlalu dramatik, tetapi ianya agak benar.

Terdapat beberapa kebenaran dalam kenyataan Job. Dia benar ketika dia mengatakan bahawa maut merupakan destinasi yang kita semua kongsikan, dan tiada siapa yang pernah terlepas daripadanya. Namun, saya tidak bersetuju dengan kenyataannya bahawa "Maut berkemungkinan besar adalah ciptaan terbaik dari Kehidupan." Ia bukanlah ciptaan terbaik dari Kehidupan. Malah, ia adalah yang terburuk. Alkitab sendiri menyatakan bahawa maut bukanlah kawan. Maut ialah musuh: "Musuh yang terakhir, yang dibinasakan ialah maut. (1 Korintus 15:26)

Maut tidak pernah menjadi sebahagian daripada rancangan asal Allah. Ketika Dia menempatkan Adam dan Hawa dalam Taman Eden, Dia memberitahu mereka untuk menjauhkan diri daripada Pohon Pengetahuan tentang yang Baik dan yang Jahat. Tetapi apabila mereka memakan buah terlarang tersebut, dosa memasuki dunia. Dan bersama-sama dosa, datang penyakit dan penuaan, dan sudah tentu, maut. Tetapi apa yang telah hilang dalam Taman tersebut telah dibayar atas salib Kalvari. Yesus datang untuk mati di kayu salib untuk membayar kembali apa yang telah hilang. Maut mati ketika Kristus bangkit.

Ayat ringkasan: Maut harus mati--ia tidak pernah menjadi sebahagian daripada rancangan asal Allah.

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.

Unless otherwise indicated, Scripture taken from the New King James Version. Copyright © 1982 by Thomas Nelson, Inc. Used by permission. All rights reserved.
Hari 20Hari 22

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org