Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 17 DARIPADA 30

"Masa Sesuai" Ialah Sekarang

Walaupun ibu saya dibesarkan dalam rumah Kristian, dia memberontak terhadap Allah selama sebahagian waktu hidupnya. Dan bila-bila masa kami dalam perbincangan yang serius tentang kehidupan atau maksudnya atau di akhirat atau Allah, dia akan berkata, "Saya tidak mahu bercakap tentang itu."

Suatu hari, dia sangat sakit, dan saya berasa terutamanya kagum untuk pergi dan berbual dengannya. Oleh itu, saya pergi melawatnya. Saya berkata, "saya ingin bercakap denganmu tentang jiwamu, dan saya ingin bercakap denganmu tentang maksud kehidupan dan apa yang terjadi selepas kita mati."

Dan dia membalasnya, "Saya tidak mahu bercakap tentang itu."

"Hari ini kita akan bercakap tentang perkara tersebut," saya berkata. Dan kami pun berbual. Hasil daripada perbualan tersebut adalah dia membuat pembaharuan komitmen kepada Tuhan. Dia meninggal sebulan kemudian. Saya berasa gembira dengan perbualan kami, walaupun ianya bukan mudah.

Beberapa tahun berlalu, dan saya mendapat tahu bahawa suaminya, Bill sangat sakit, dan saya diminta untuk berjumpa dengannya. Saya tengah bersiap untuk pergi ke ceramah, dan oleh itu saya merancang untuk melawatnya keesokan hari. Tetapi sekali lagi, saya berasa kagum oleh Tuhan untuk melawatnya sengan segera. Kami mempunyai perbincangan yang jujur, dan saya sekali lagi menyampaikan injil. Bill mengatakan bahawa dia ingin meletakkan imannya dalam Kristus, oleh itu kami berdoa bersama saat dia mempercayakan hidupnya pada Dia. Saya menaiki kapal, dan ketika saya mendarat, saya mendapat berita bahawa Bill telah meninggal.

Saya tahu ianya kekok dan susah untuk memulakan perbualan tentang subjek ini kepada orang yang tidak percaya--terutamanya ahli keluarga. Tetapi anda harus melakukan apa yang benar. Dan anda akan berasa gembira kerana melakukannya.
Ayat ringkasan: Ianya boleh menjadi kekok untuk bercakap tentang penyelamatan dengan mereka yang kita cintai tetapi tidak percaya, tetapi percayalah kepada Allah dan kongsikan kebenaran dengan mereka.

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org