Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Soal Putera Allah
Pengetahuan yang lazim akan apa yang terjadi apabila anda mati adalah anda akan berdiri di hadapan Allah, dan jika anda telah melakukan perkara yang cukup baik melebihi perkara jahat, maka anda dapat masuk ke dalam syurga, kerana syurga merupakan tempat untuk orang yang baik. Dan orang baik masuk ke syurga.
Dan kepercayaan lain adalah jika anda telah melakukan perkara yang cukup jahat melebihi perkara baik, maka anda akan masuk ke neraka, kerana neraka adalah tempat untuk orang yang jahat. Syurga adalah tempat untuk orang baik yang melakukan perkara baik, manakala neraka adalah tempat untuk orang jahat yang melakukan perkara jahat.
Tetapi itu bukanlah yang diajarkan Alkitab. Alkitab mengajarkan bahawa neraka disediakan untuk iblis dan malaikat-malaikatnya (lihat Matius 25:41); ia sama sekali bukan disediakan untuk orang jahat.
Syurga adalah tempat di mana Allah diami, dan cara untuk anda dapat masuk ke dalam syurga adalah berdasarkan apa yang anda lakukan untuk Yesus. Apa yang ingin Allah ketahui adalah adakah anda percaya kepada Yesus Kristus?
Walaupun anda telah hidup dalam kehidupan yang jahat dan melakukan dosa sepanjang masa tersebut, jika anda memanggil Tuhan Yesus Kristus dengan pertobatan yang sejati pada saat kematian anda, anda akan masuk ke syurga. Tetapi jika anda hidup dalam kehidupan yang baik dan telah menjadi orang yang secara keseluruhannya bermoral dan telah melakukan perbuatan baik, tetapi tidak pernah meletakkan iman anda pada Yesus Kristus, maka anda tidak akan masuk ke syurga. Dan untuk pengetahuan anda, pekerjaan baik anda tidak akan pernah melebihi pekerjaan jahat anda. Jadi bersyukurlah bahawa anda tidak akan dihakimi melalui perkara tersebut.
Jaminan bahawa kita akan masuk ke syurga bukanlah seperti apa yang biasa dilihat oleh budaya kita, tetapi ia adalah seperti yang diajarkan Alkitab. Ia adalah soal Putera Allah--bukan soal dosa.
Ayat ringkasan: Siapakah yang masuk ke syurga?
Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Scripture quotations are taken from the Holy Bible, New Living Translation, copyright 1996, 2004. Used by permission of Tyndale House Publishers, Inc., Wheaton, Illinois 60189. All rights reserved.

Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org