Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Jalan Pulang
Saya berfikir ianya menarik bahawa ketika Petrus menemui Kristus yang telah bangkit, Yesus menanyakan kepadanya soalan yang sama tiga kali. Berapa kalikah Petrus menyangkal Tuhan? Tiga. Dan sebanyak tiga kali Yesus menanyakannya, "Simon, anak Yohanes, apakah engkau mengasihi Aku . . . ?" (Yoh 21:15-17). Petrus yang lama akan menjawab, "Adakah aku mengasihi Engkau? Tiada seorang pun yang mengasihi Engkau lebih daripadaku, ya Yesus."
Tetapi Petrus yang baru-dan-diperbaiki, yang sudah menyesal berkata, "Benar Tuhan, Engkau tahu, bahawa aku mengasihi Engkau" (ayat 15-17)
Yesus menggunakan ayat agape dalam bahasa Yunani untuk kasih dua kali yang pertama, manakala Petrus menggunakan ayat lain, phileo. Agape membawa maksud kasih yang berapi-api, sempurna, setia, dan yang rela berkorban, manakala phileo merujuk kepada kasih persahabatan. Dan Petrus pada dasarnya mengatakan, "Tuhan, apa yang boleh aku lakukan sekarang ialah aku mengasihi Engkau seperti seorang sahabat."
Saya tidak akan mengkritik Petrus untuk itu. Itu merupakan suatu penilaian yang jujur. Jangan pernah bermegah tentang betapa besar anda mengasihi Yesus; bermegahlah tentang betapa besar Yesus mengasihi anda. Kasih kita berubah-ubah. Sekejap ada dan sekejap tiada. Tetapi kasih Allah kepada kita tidak pernah berubah. Ia tetap berada bersama kita. Itulah sebabnya Yohanes murid Yesus merujuk dirinya sebagai "murid yang dikasihi Yesus." Itu bukanlah kesombongan. Yohanes sedang mengatakan bahawa dia tahu Yesus mengasihinya. Dan anda perlu tahu bahawa Yesus mengasihi anda, bahkan jika anda sudah jatuh jauh daripadaNya.
Mungkin anda sudah gagal. Mungkin anda berada dalam keadaan murtad. Cara untuk menjadi benar dengan Allah adalah dengan kembali kepadaNya. Allah berkata dalam Yeremia 3:22, "Kembalilah, hai anak-anak yang murtad! Aku akan menyembuhkan engkau dari murtadmu." Ingatlah di mana anda berada. Kembali dan bertobatlah dari dosa anda. Dan mulailah hidup dalam kehidupan yang Allah inginkan.
Ayat ringkasan: Cara untuk menjadi benar dengan Allah adalah dengan kembali kepadaNya.
Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org