Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Lebih Penting dari Allah?
Jika anda pernah menanam benih dan melihat rumput tumbuh di sekelilingnya, maka anda tahu bahawa rumput tidak tiba-tiba tumbuh keluar daripada tanah dan mula menggoncangkan tumbuhan itu. Ia merupakan proses yang bertingkat-tingkat sehingga anda pun tidak akan boleh melihat terus-menerus. Tetapi jika anda meletakkan kamera di hadapan tumbuhan tersebut dan menetapkan sesuatu masa, anda akan melihat rumput tersebut dalam proses, mencengkam tumbuhan tersebut secara perlahan.
Yesus memberitahukan perumpamaan tentang benih yang ditaburkan di berbagai jenis tanah. Benih yang telah ditaburkan ke tanah yang dihimpit dengan rumput dicabut keluar ketika ia mulai bertumbuh. Yesus menerangkan, "Yang ditaburkan di tengah semak duri ialah orang yang mendengar firman itu, lalu kekuatiran dunia ini dan tipu daya kekayaan menghimpit firman itu sehingga tidak berbuah" (Matius 13:22).
Ada sesetengah orang yang menyangkal Kristus tanpa sebab yang baik--hanya alasan. Untuk sesetengah orang, itu merupakan kebimbangan terhadap kerjaya mereka. Mereka harus menyara kehidupan. Mereka mempunyai tanggungjawab. Mereka mempunyai sesuatu perkara untuk dilakukan. Dan kadang-kadang perkara tersebut menjadi lebih penting kepada mereka daripada Allah.
Yang lain-lain akan memilih orang daripada Yesus. Tekanan rakan sebaya tidak berakhir di sekolah menengah; kita masih peduli tentang apa yang orang fikirkan. Kita masih mengkehendaki orang lain untuk menyukai kita. Kita mahu mereka menyetujui kita. Dan kadang-kadang kita melakukan kompromi terburuk yang pernah dibayangkan kerana takut akan apa yang difikirkan orang lain. Petrus menyangkal Yesus kerana takut akan apa yang difikirkan oleh orang asing terhadapnya.
Tetapi jika anda melepaskan sahabat-sahabat atau kedudukan atau keseronokan atau apa pun perkara demi Kristus, tahulah bahawa: Allah akan lebih daripada membalasnya kembali kepada anda.
Ayat ringkasan: Apakah yang lebih penting kepada anda dari Allah?
Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org