Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Yang Terbaik Akan Datang
Mungkin kadang kala anda merasakan seperti yang dirasakan Petrus. Bercakap bagi pihak murid-murid lain, dia berkata kepada Yesus, "Kami ini telah meninggalkan segala sesuatu dan mengikut Engkau; jadi apakah yang akan kami peroleh?" (Matius 19:27)
Yesus menjawabnya, "Dan setiap orang yang karena nama-Ku meninggalkan rumahnya, saudaranya laki-laki atau saudaranya perempuan, bapa atau ibunya, anak-anak atau ladangnya, akan menerima kembali seratus kali lipat dan akan memperoleh hidup yang kekal. Tetapi banyak orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang terdahulu" (ayat 29-30).
Anda mungkin berkata, "Greg, saya telah meninggalkan sesuatu perkara untuk mengikuti Yesus. Jadi di manakah pulangan yang besar tersebut?" Itu akan datang kemudian.
Inilah perkara yang perlu anda akui. Apa pun yang telah anda tinggalkan, bukankah Allah sudah membalasnya? Anda telah meninggalkan beberapa sahabat. Bukankah Dia telah memberikan anda sahabat yang lebih baik? Anda telah meninggalkan apa yang dikatakan sebagai keseronokan. Tetapi jika ditinjau kembali, anda sedar sekarang bahawa ia bukanlah keseronokan sama sekali, tetapi ketagihan--dan merosakkan. Anda telah melihat bagaimana kehidupan anda telah berubah, dan Allah telah pun membalasnya kepada anda.
Walau bagaimanapun, yang terbaik pasti akan datang. Kerana jika kita masuk ke Syurga, kita akan menemui ganjaran sedang menanti kita. Kemudian syurga turun ke Bumi, dan kita akan memperoleh pemerintahan seribu tahun dari Kristus. Dan akhirnya, kita akan memperoleh pemerintahan dan penguasaan Kristus di Bumi dalam kerajaan yang baru, dan kita akan menjadi sebahagian daripada itu. Kita akan memerintah dan menguasai bersamaNya kemudian. Dan pernyataan Tuhan sebagai jawapan kepada pertanyaan Petrus akan dipenuhi sesudah itu.
Apa saja yang telah anda tinggalkan--atau apa saja yang sedang anda tinggalkan--akan menjadi lebih daripada ganjaran kepada anda.
Ayat ringkasan: Apa saja yang anda tinggalkan akan menjadi lebih daripada ganjaran kepada anda melalui Kristus.
Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Scripture quotations are taken from the Holy Bible, New Living Translation, copyright 1996, 2004. Used by permission of Tyndale House Publishers, Inc., Wheaton, Illinois 60189. All rights reserved.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org