Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 13 DARIPADA 30

Mengikuti dari Jauh

Jarak dari Tuhan berada di tengah-tengah mereka yang jatuh.

Sebagai contoh, anda boleh menunjukkan kepada saya suatu perkahwinan yang sedang runtuh dan memberi berbagai alasan untuk itu, tetapi saya akan memberitahu anda di mana sebenarnya keruntuhan tersebut. Keruntuhan tersebut adalah dalam komunikasi pasangan tersebut. Sesuatu telah terjadi, dan perkahwinan mereka yang dibina atas persahabatan dan pertemanan yang pernah mereka nikmati tidak lagi seperti dahulu. Dan kesemua masalah-masalah menemui jalannya dalam kemusnahan perkahwinan.

Perkara yang sama juga boleh terjadi dalam hubungan kita dengan Allah. Kita melarikan diri daripada Tuhan dalam kedekatan kita. Kita tidak lagi memulakan hari dengan pembelajaran Alkitab dan doa. Kita terlalu sibuk membuat hal lain, dan masalah lain timbul. Dan kita menemui diri kita mengikuti dari jauh.

Itulah salah satu langkah yang Petrus ambil terhadap penyangkalannya kepada Tuhan. Alkitab menyatakan kepada kita bahawa selepas Yesus ditangkap, "Dan Petrus mengikuti Dia dari jauh sampai ke halaman Imam Besar, dan setelah masuk ke dalam, ia duduk di antara pengawal-pengawal untuk melihat kesudahan perkara itu" (Matius 26:58, penegasan ditambah).

Terdapat orang yang seperti ini dalam gereja. Mereka selalunya lambat ke kebaktian dan yang pertama untuk pulang. Mereka selalunya duduk di belakang. Mereka ingin hidup dalam dua dunia, oleh itu mereka mengikuti dari jauh. Inilah yang terjadi kepada Petrus.

Saya mendengar cerita tentang seorang budak kecil yang terjatuh dari katil pada tengah malam. Ketika ibunya bertanya apa yang telah berlaku, dia berkata, "Saya rasa saya menunggu terlalu dekat dengan tempat di mana saya masuk."

Dan inilah sebab yang sama kita jatuh jauh dari Tuhan. Kita menunggu terlalu dekat dengan tempat di mana kita masuk.

Ayat ringkasan: Adakah anda mempunyai kedekatan atau kejauhan dalam mengikuti Yesus?

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org