Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Dosa akibat Tidak Berdoa
Kita haruslah jangan melupai bahawa doa bukan hanya untuk permohonan, tetapi juga untuk perlindungan dan persediaan. Doa bukan sahaja memberikan apa yang kita mahu; doa juga mempersiapkan kita dan melindungi kita daripada apa yang tidak kita ingini.
Di Taman Getsemani, Yesus berada dalam kesedihan yang mendalam ketika Dia merenungkan kengerian salib. Apa yang Dia ingin murid-muridnya lakukan adalah hadir dan berdoa. Sebagai Allah, Dia tahu apa yang akan berlaku. Dia tahu secara terperinci. Dan Dia berdoa, "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki" (Matius 26:39).
Apa yang Yesus ingini adalah teman. Dia tidak memerlukan khotbah; Dia memerlukan beberapa sahabat. Tetapi sahabat-sahabatnya sedang tidur. Dan inilah akibat langsung dari dosa percaya diri.
Perkara yang sama boleh terjadi dalam diri kita. Kita berdoa apabila kita berfikir kita perlu berdoa. Apabila krisis melanda, apabila kita mendapat berita buruk dari doktor, apabila kita diberhentikan kerja, apabila kita mempunyai masalah dalam perkahwinan atau masalah dengan anak-anak, apakah yang kita lakukan? Kita berdoa. Dan itu adalah baik. Itulah yang harus kita lakukan.
Tetapi bagaimana pula ketika sesuatu berjalan dengan lancar? Apabila semua bil sudah dibayar, apabila pekerjaan kita nampaknya baik, apabila tiada berita buruk, adakah anda berdoa? Adakah disebabkan anda berfikir bahawa ianya tidak perlu? Adakah disebabkan oleh kepercayaan kepada diri sendiri?
Kegagalan untuk berdoa sebenarnya boleh menjadi dosa. Dosa bukanlah hanya dengan melanggar perintah, walaupun itu juga termasuk. Terdapat juga dosa akibat kealpaan. Yakobus 4:17 menyatakan kepada kita, "Jadi jika seorang tahu bagaimana ia harus berbuat baik, tetapi ia tidak melakukannya, ia berdosa".
Ayat ringkasan: Kesombongan dan tidak berdoa adalah berkaitan.
Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org