Sukacita yang MenggoncangkanSampel

Filipi ialah salah satu Surat Tulisan Rasul yang terpendek dalam Perjanjian Baru dan telah ditulis oleh Paulus dalam cahaya suram dari jendela di dalam penjara Roma. Sudah tentu seorang lelaki yang hidup di tempat yang kotor berhak untuk menulis surat aduan kepada pihak pengurusan di sana! Sudah tentu seorang lelaki yang telah dipukul dan mempunyai lebam yang memilih untuk memberitakan Injil dapat meluahkan emosinya atau menceritakan tentang dirinya dalam cerita tersebut sekurang-kurangnya sekali! Tiada seorang daripada kita akan menyalahkan rasul Paulus jika dia telah memilih untuk menjadi "nyata" dan mengongsikan kekecewaannya dengan Allah ... dengan hidup ... dan dengan orang yang telah ditanganinya.
Malah, dalam surat pendek yang ditulis kepada gereja yang tidak diketahui yang telah wujud hampir 2 millenium yang lalu, Paulus menggunakan perkataan "sukacita" atau "bersukacita" tidak kurang dari 14 kali! Sayangnya, kita berfikir bahawa blip sukacita pada skrin radar kehidupan adalah sekadar bernilai penghargaan yang diberi dengan tepukan tangan oleh semua yang menyedari kehadiran kita. Kita memuji secara bangga ketika kita menyanyi di dalam gereja walaupun kita telah bertengkar teruk dengan suami kita dalam perjalanan ke gereja.
Satu perkara yang kita tentu dapat belajar daripada kehidupan Paulus, ialah keadaan kita tidak perlu menjadi sempurna untuk menjadi demonstrasi hidup dari sukacita syurga! Hari ini, bersama dengan Paulus, saya memilih sukacita! Anda pula?

Kitab
Perihal Pelan

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com