Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 19 DARIPADA 31

Raja Daud tahu kepentingan untuk memberitahukan jiwanya untuk menyembah Tuhan! Jiwa anda ialah tempat lahir perasaan, emosi dan keinginan dan, malangnya, jiwa anda tidak selalunya "rasa" seperti ingin menyembah Tuhan. Akan ada saat dalam kehidupan anda apabila jiwa anda rasa seperti ingin mengeluh dan akan menuntut haknya untuk didengar. Pada saat itu, anda harus melayan jiwa anda seperti mana anda melayan budak berumur 2 tahun yang berada di luar kawalan! Anda harus mengarah jiwa anda, seperti yang dilakukan Daud, untuk menyembah Tuhan!

Roh anda harus menjadi sebahagian daripada ciri dalaman anda yang memanggilnya peluang dalam kehidupan. Malangnya, dalam dunia psycho-babble di abad yang 21 ini, jiwa kita lebih utama daripada roh kita. Anda tidak mungkin dapat berjalan dengan iman dan bukan dengan penglihatan jika anda membenarkan jiwa anda berkuasa. Jiwa kita didorong oleh keadaan kita tetapi roh kita dipimpin oleh Roh Allah dan Firman Allah. Jangan benarkan jiwa anda berkuasa terhadap roh anda tidak kira betapa kuatnya ia menjadi!

Jiwa anda mengatakan benda-benda menyedihkan seperti ini:

"Muzik ini sangat kuat. Saya hanya akan duduk di sini dan mengkritik."

"Saya sangat penat untuk mengangkat tangan saya di dalam penyembahan."

"Saya tidak mampu untuk memasukkan apa pun di dalam beg persembahan minggu ini."

"Saya sangat letih untuk pergi ke Bible Study. Saya sakit kepala. Itu mungkin ialah tumor."

Namun, apabila roh anda berkata-kata, ia berbunyi sama seperti Firman Allah!

"Saya sangat suka menjadi pemberi yang gembira!"

"Saya menolak untuk berasa risau ... Saya akan percaya kepada Tuhan untuk melengkapi!"

"Saya sangat bersyukur gereja ini menyembah dengan penuh semangat!"

Lenturkan otot spritual anda dan benarkan roh anda untuk menjaga dan mengawal respon jiwa anda kepada hidup.
Hari 18Hari 20

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com