Sukacita yang MenggoncangkanSampel

Apakah kerinduan jiwa anda? Adakah anda rindu untuk membuat banyak duit? Adakah anda rindu untuk memarahi suami anda habis-habisan? Adakah anda rindu untuk tidur dengan nyenyak? Adakah anda rindu untuk membenarkan diri anda melakukan apa yang anda mahu atau mengekspresikan diri anda tanpa rasa ragu-ragu? Pemazmur rindu untuk mencari Tuhan! Daud rindu untuk hanya menghabiskan masa bersama Allah di dalam keindahan yang ditemui dalam kehadiran Allah.
Anda tidak mungkin akan mengalami sukacita yang telah dirancang untuk anda, sehingga anda menyelesaikan isu-isu kerinduan anda di dalam hidup. Apabila akhirnya anda merindukan kehadiran Allah dan untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan menurut jalanNya dan bukan jalan anda, pada saat berharga itulah anda akan menerima sukacitaNya. Apabila akhirnya anda sedar bahawa kehidupan anda bukanlah tentang anda ... tetapi tentang Dia ... anda akan mengalami kepuasan sukacita yang hanya boleh ditemui di dalam kehadiranNya. Kerinduan jiwa anda yang mendalam dan terdesak hanya akan digembirakan oleh Dia.
Saya berharap agar anda telah mengalami kepuasan yang menakjubkan yang datang daripada menyanyikan lagu pujian kepada Allah. Lain kali jika anda "rasa" seperti ingin meletup dalam kemarahan ... bagaimana jika anda sebaliknya menyanyikan lagu yang kaya dengan pujian? Lain kali jika anda "rasa" seperti ingin memberitahu sisi anda daripada cerita tersebut ... bagaimana jika anda menundukkan kepala anda dan membenarkan kata-kata nyanyian mazmur untuk memberi ketenangan kepada jiwa anda? Lain kali jika anda dikritik oleh gadis di tempat kerja ... bagaimana jika anda menyanyikan lagu pujian dengan lembut di dalam hati anda?
Programkan kembali respon anda dari marah kepada nyanyian ... dari kekecewaan kepada penyembahan ... dan dari ketidaksabaran kepada pujian. Allah benar-benar peduli bagaimana kita respon kepada isu kehidupan harian ini dan saya, seperti Pemazmur yang lama dahulu, akan memilih untuk bernyanyi!

Perihal Pelan

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com