Sukacita yang MenggoncangkanSampel

Tidak pernah ada tentera dalam sejarah yang sangat bersedia seperti tentera Yosafat di tanah Yehuda. Mereka telah berfokus kepada Tuhan! Mereka telah tinggal di rumah Tuhan! Mereka telah berpuasa dan berdoa! Mereka telah berlutut dalam penyembahan. Dan mereka telah mengeluarkan suara teriakan kemenangan sebelum pertempuran bermula!
Ketika orang-orang di bawah pemerintahan Yosafat bernyanyi dan memuji, Allah yang telah bertempur. Prinsip Allah tidak pernah berubah dan jika anda menghabiskan waktu hidup anda bernyanyi dan memuji, Allah akan bertempur untuk anda. Adakah anda mempercayainya? Jika anda percaya, masa untuk anda berasa bimbang akan menjadi sedikit dan anda mempunyai lebih banyak masa dalam penyembahan! Jika anda benar-benar percaya prinsip ini daripada kitab II Tawarikh, anda akan meluangkan lebih banyak masa untuk puji-pujian dan kurang masa untuk bergosip.
Jika kita mengikuti prinsip Allah dan jalan seperti yang terdapat dalam Alkitab, kita akan selalu menjadi lebih daripada penakluk-penakluk kerana kita mengabdi kepada Allah yang selalu memimpin kita dalam kemenangan!
Orang-orang yang berada di dalam negara yang dikepung ini menghabiskan masa 3 hari mengambil jarahan dan bahkan ia lebih banyak daripada yang dapat dibawa. Allah kaya dalam rahmat bagi mereka yang menyeru kepadaNya di saat-saat yang paling terdesak dalam hidup mereka. Allah akan sentiasa melakukan yang lebih besar daripada doa dan harapan umatNya ketika kita memilih untuk menyembah dan bukannya meratap.
Orang-orang kembali ke Yerusalem dengan sukacita ... mereka mengalami pengalaman damai yang besar ... dan Allah memberi mereka istirehat di semua sisi. Ianya lebih baik daripada bahagia selama-lamanya, bukan?!

Perihal Pelan

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com