Mencari Allah MelaluinyaSampel
Kita memerlukan Roh Kudus. Komunikasi kita dengan Dia adalah penting. Mencari Allah merupakan perjalanan yang tidak pernah berhenti. Ada kalanya kehidupan memberikan masalah yang membuat kita tidak mahu melakukan apa-apa melainkan merajuk.
Kita rasa jelak dengan keletihan. Jelak menangis. Jemu berdoa. Jemu mencuba. Bosan dengan gereja. Jelak menyembah. Jemu dengan hidup.
Pada waktu inilah kita mesti menggalakkan diri untuk MENGASAK-ASAK di celah-celah fikiran yang memberitahu kita bahawa kita harus berputus asa. Kita mesti percaya, tanpa keraguan, bahawa kita boleh, dan akan, memperoleh janji Allah apabila kita mencari Dia. Kita mesti percaya bahawa kedamaian-Nya yang sempurna dan melebihi segala sesuatu adalah mungkin bagi kita.
Kita mesti beriman semasa mencari Allah. Percaya, seperti perempuan dengan masalah pendarahan, bahawa sebaik sahaja kita menyentuh Dia, kita akan disembuhkan.
Ucapkan ini setiap hari:
- Saya akan memiliki kedamaian.
- Saya memiliki kemenangan.
- Allah menyempurnakan saya.
- Saya akan mencari meskipun saya tidak ingin berbuat demikian.
Setiap terowong yang gelap berakhir dengan cahaya. Setiap ribut akan reda. Allah tetap setia.
Carilah Dia melaluinya!
Perihal Pelan
Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan "Mencari Allah Melaluinya" bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda.
More