Mencari Allah MelaluinyaSampel

Seek God Through It

HARI 9 DARIPADA 10

Apakah yang mendapat perhatian anda? Adakah hal itu memberikan anda kedamaian?

Memanglah penting untuk menganalisis apa dan siapa yang mendapat sebahagian besar perhatian kita. Allah? Media sosial? Kawan dan keluarga? Pasangan/teman lelaki/teman perempuan?

Kita memerlukan pemeriksaan yang tetap sepertimana Apple memaklumkan pengguna iPhone tentang jumlah masa yang mereka habiskan untuk menggunakan telefon mereka, berapa kerap mereka membuat panggilan, dan jumlah masa yang dihabiskan untuk media sosial.

Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya amat gembira bila melihat peratus penggunaan saya berkurang! lol

Sebenarnya, kita menghabiskan lebih banyak masa menggunakan telefon kita daripada bersama dengan Allah. Dengan kata lain, kita menghabiskan lebih banyak masa untuk perkara dan orang yang tidak memenuhi keperluan kita yang terdalam, kedamaian, berbanding dengan masa yang dihabiskan dengan Allah.

Semasa menghadapi dugaan, memanglah mudah untuk mencari sesuatu untuk mengalihkan perhatian. Ini dipanggil eskapisme. Kita cenderung mencari perkara yang kita percaya akan membantu mengalihkan perhatian kita daripada penderitaan kita. Perkara tersebut tidak pernah memberikan kita kedamaian, tetapi memberikan rasa lega, yang membuat kita menghabiskan lebih banyak masa dengan perkara tersebut berbanding dengan Allah.

Kita memperoleh seluruh dunia dalam tapak tangan kita. Namun, kehilangan kedamaian jiwa kita.

Hari 9:

  • Siapakah yang mendapat perhatian anda?


Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Seek God Through It

Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan "Mencari Allah Melaluinya" bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda.

More

Kami berterima kasih kepada Brionna Nijah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.brionnanijah.com