Mencari Allah MelaluinyaSampel
Pernahkah anda memandu semasa hujan lebat atau berkabut? Anda perlu mengharunginya sehingga sampai ke destinasi anda. Hujan dan kabut menghalang penglihatan anda untuk melihat perjalanan anda. Ada kalanya, anda berhenti sehingga ribut atau kabut reda.
Semasa mencari Allah, kita perlu mengharungi halangan mental dan kadang-kadang halangan fizikal. Mencari Allah merupakan satu pola yang mesti dibentuk dan dibina. Ini bukanlah respons semula jadi kita.
Trauma berupaya membutakan kita daripada mencari Allah kerana kita biasanya melihat penderitaan kita. Kita merasai tuntutan luaran daripada keluarga dan kawan. Kita merasai jiwa kita hancur di bawah tekanan tanggungjawab dan realiti kita.
Ini merupakan halangan mental yang mesti diharungi, seperti perempuan dengan masalah pendarahan yang mengasak-asak di celah-celah orang ramai. Orang ramai itu bukan sahaja halangan fizikal malah halangan mental. Kita perlu mengharungi setiap keraguan diri, keraguan tentang Allah, bagaimana kalau, mengapa saya, dan banyak lagi untuk sampai ke tempat pemulihan dan kesempurnaan yang diberikan oleh Yesus. Jika fikiran kita kekal dalam kegelapan situasi kita, bagaimanakah kita melihat cahaya?
Perempuan ini mengetahui dengan menyentuh Yesus dengan beriman, ia akan disembuhkan. Mengasak-asak di celah-celah orang ramai tidaklah mencukupi. Memasuki kehadiran-Nya dan menyentuh Dialah, dengan beriman, yang menyembuhkannya.
Dengan mencari Yesus dan memasuki kehadiran-Nya, kita boleh menerima pemulihan.
Hari 5:
- Berdoalah dan menyembah.
Perihal Pelan
Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan "Mencari Allah Melaluinya" bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda.
More