Mencari Allah MelaluinyaSampel

Seek God Through It

HARI 8 DARIPADA 10

Kedamaian Allah ialah satu janji, dan setiap janji Allah terikat pada satu prinsip. Kita mesti mengajar diri untuk tidak rasa bimbang. Alkitab menyatakan dua perkara yang mendalam tentang kedamaian. Tercatat: Sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia (Filipi 4:7) dan damai yang sempurna (Yesaya 26:3). 

Semasa membaca ayat yang menggalakkan tanpa memahami bagaimana menerapkannya, kita berbalik kepada hal yang biasa dengan cepat: bimbang.

Paulus memberitahu kita agar jangan khuatir atau bimbangkan apa pun. Dalam budaya kita yang sedar akan kesihatan mental dewasa ini, pernyataannya mungkin kedengaran tidak masuk akal atau lapuk. Kemudian, Paulus berkata, dalam segala hal. Bukan sesetengah hal, tetapi segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. (Filipi 4:6 AVB)

Hanya apabila kita melakukan apa yang diarahkan oleh kitab suci, baru kedamaian yang melebihi pengertian kebolehan mental kita akan melindungi hati dan fikiran kita dalam Yesus Kristus.

Melebihi, dalam bahasa Yunani, bermakna menjadi cemerlang dan melewati. Ini bermaksud kedamaian yang diberikan oleh Allah ini melewati pemahaman kita. Ini bermakna kedamaian-Nya, yang hanya diberikan oleh Dia, tidak masuk akal atau munasabah. Dalam pada itu, kedamaian-Nya melindungi—seperti tembok api atau perisian anti-virus pada komputer—hati dan fikiran kita dalam Yesus Kristus. Kedamaian-Nya menghalang virus dunia ini yang cuba menawarkan hati kita. 

Satu-satunya cara untuk mengaktifkan janji ini ialah melalui kepercayaan bahawa apabila kita berdoa dan menyerahkan kekhuatiran kita kepada Yesus, Allah bukan sahaja mendengar kita malah akan memberikan kelegaan dalam bentuk kedamaian-Nya yang melebihi pengertian manusia.

Hari 8:

  • Renungi kedamaian-Nya.

 

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Seek God Through It

Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan "Mencari Allah Melaluinya" bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda.

More

Kami berterima kasih kepada Brionna Nijah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.brionnanijah.com