Mencari Allah MelaluinyaSampel

Seek God Through It

HARI 1 DARIPADA 10

Kehidupan memberikan banyak cabaran, dan bagi sesetengah orang, ini bermula daripada umur yang muda. Daripada umur 5-18, saya bergelut dengan fikiran ingin membunuh diri, kemarahan, kemurungan, dan kebimbangan. Meskipun selepas saya menyerahkan hati saya kepada Kristus, saya masih bergelut dengan rasa putus asa. Saya pernah mendengar banyak khutbah tentang iman dan kasih Allah yang menyenangkan hati saya tetapi tidak pernah mengubah saya. Kenyataannya ialah khutbah tersebut rasa seperti penggalak yang menolong saya bertahan sepanjang minggu seterusnya. Kegelapan, kemurungan, kebimbangan, dan pergelutan saya untuk terus hidup dan memaafi masihlah tersebar luas.

Saya kerap cuba memaksa diri untuk beriman dan menganalisis penderitaan saya. Saya tidak mahu menjadi orang Kristian yang murung. Saya murung dan seorang ateis, maka murung dan seorang Kristian tidak masuk akal. (Saya mampu diri)

Ini berubah apabila saya mula mencari Allah dan mendapati kedamaian adalah mungkin dan ditemui dalam kehadiran-Nya.

Kedamaian Allah ialah sesuatu yang terus berkembang dengan pimpinan Roh Kudus.

Saya percaya orang yang paling mungkin mengaitkan diri dengan trauma dan kemurungan ialah Ayub. Ayub merupakan lelaki yang mengatakan ia berharap ia tidak dilahirkan berulang kali. Kehidupan Ayub membuatnya rasa hidupnya tidak berbaloi diteruskan. 

Adakah anda rasa perkara yang buruk terus melanda anda? Walau apa pun yang anda lakukan atau tidak lakukan, kehidupan ini terus menyakiti anda, memalukan anda? Pada ketika inilah kita mesti mencari Allah, meskipun kita tidak ingin berbuat demikian.

Percayalah saya, mencari Allah tidaklah sesusah yang kita cenderung fikirkan. Mencari Allah, seperti mencari apa-apa yang lain, memerlukan komitmen. Apabila kita memandang sesuatu itu sebagai sukar, kita secara automatiknya lemah semangat untuk memberikan komitmen.

Mulalah mencari Allah dengan penetapan minda saya akan menikmati ini, dan bukan penetapan minda ini adalah tegar.

Hari 1

  • Memujilah sebagai perkara pertama yang dilakukan pada waktu pagi dan perkara terakhir setiap malam. Anda menetapkan tempohnya. Semasa memuji, tumpukan perhatian pada siapa Dia itu.
Hari 2

Perihal Pelan

Seek God Through It

Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan "Mencari Allah Melaluinya" bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda.

More

Kami berterima kasih kepada Brionna Nijah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.brionnanijah.com