Mencari Allah MelaluinyaSampel
Pernahkah anda rasa sudah bosan dan berkata, "Allah, jika Engkau tidak melakukannya, saya tidak pasti jika saya dapat bertahan"?
Ada kalanya, mencari Allah kelihatan sukar di tengah-tengah pergolakan dan penderitaan yang berterusan. Meskipun ketika percubaan mengekalkan kepercayaan, kita cenderung melihatnya kian memudar.
Marilah kita melihat perempuan dengan masalah pendarahan. Ia sakit selama 12 tahun. Ia menderita selama 12 tahun. Saya dapat membayangkan bahawa ia mungkin berdoa sendiri dan meminta orang lain berdoa untuknya selama 12 tahun.
Markus 5:26 mengatakan ia menderita teruk, dirawat oleh banyak doktor, dan semakin parah.
Saya mendapati banyak orang dapat mengaitkan diri dengannya kerana, bagi sesetengah orang, kehidupan seolah-olah membawa semakin banyak trauma. Walau siapa yang ditemui—keluarga, kawan, ahli terapi, pastor—penderitaan yang dirasai hanya bertambah teruk.
Perempuan ini telah membuat keputusan dalam fikiran separa sedarnya. Ia mempercayai jika ia dapat menyentuh pakaian-Nya, ia akan disembuhkan. Ia masuk ke tengah-tengah orang ramai, menderita dan mengalami pendarahannya—pengalaman traumatiknya—untuk mendekati Yesus.
Mencari Allah hanya akan membawa kita ke tempat, bukan suatu tempat, tetapi SATU-SATUNYA tempat pemulihan dan penyembuhan.
Terdapat sesetengah perkara yang tidak dapat dibetulkan, diselesaikan, atau dipulihkan oleh pastor, keluarga, kawan, dan ahli terapi anda. Hanya Allah boleh menyempurnakan anda dan saya. Inilah keindahan mencari Dia.
Hari 3:
- Tetapkan masa sunyi untuk menyembah, betul-betul mencari Dia.
- Renungi Markus 5:25-34
Perihal Pelan
Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan "Mencari Allah Melaluinya" bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda.
More