Mencari Allah MelaluinyaSampel
Allah melihat anda. Itu kedengaran jelas, tetapi tidak, Dia betul-betul melihat anda.
Dia melihat anda semasa anda tersinggung. Dia melihat penderitaan kita, ketakutan tersembunyi kita, kehampaan kita, keinginan kita, kekecewaan kita, kemarahan kita, senyuman palsu kita, ketawa kita yang dibuat-buat. Dia melihat setiap penganiayaan yang kita alami. Dia tidak buta, Dia tidak juga tidak menghiraukan seruan kita.
Salah satu ayat kegemaran saya ialah Mazmur 56:8 AVB "Engkau memerhati setiap gerak-geriku; Engkau mengambil kira setiap titis air mataku — tidakkah mereka itu tercatat dalam buku-Mu?"
Kadang-kadang saya suka membaca semula ayat itu dan mengingatkan diri bahawa tangisan saya tidak sia-sia. Allah amat memandang berat terhadap manusia sehinggakan air mata kita diambil kira dan tercatat dalam buku di syurga.
Meskipun kita tidak bercakap, air mata kita mengucapkan kata-kata yang hanya dapat ditafsirkan oleh Allah.
Maka, ketika kita mencari Allah, kita tidak mencari Dia daripada kedudukan yang cuba mendapatkan perhatian-Nya, tetapi daripada kedudukan yang sudah menerima perhatian-Nya.
Kita sudah mendapat perhatian-Nya. Kita sudah difikirkan-Nya.
Memanglah mungkin untuk mengalami kedamaian di tengah-tengah kekucar-kaciran. Saya tahu ini kedengaran aneh, tetapi memang mungkin.
Perkara pertama yang kita mesti lakukan ialah mengenali Dia. Begini, kita tidak dapat mencari seseorang yang tidak dikenali, kita juga tidak mungkin mempercayai seseorang yang tidak dikenali.
Jika saya tahu, tanpa keraguan, bahawa Allah ialah pemelihara—bahawa Dia akan memelihara, dan saya boleh mengalami kedamaian dalam situasi saya sekarang ini—saya akan mendekati penyembahan dan doa secara berbeza. Saya tidak akan memandangnya sebagai mandat agama, tetapi peluang untuk mengecas semula dan mengisikan lagi kedamaian-Nya.
Banyak antara kita akan berkata: Tetapi saya memang mempercayai bahawa Dia ialah pemelihara.
Respons saya: Jika kita mempercayai itu, maka mengapakah kita rasa bimbang?
Saya tidak perlu bimbang tentang apa-apa yang saya tahu sudah dikendalikan. Saya hanya rasa bimbang apabila saya rasa tidak yakin.
Jika saya meminta seseorang yang saya tahu akan melakukan hal yang dipesan oleh saya secara betul dan sempurna, saya tidak bimbang. Saya tidak bimbang kerana orang itu mempunyai rekod prestasi yang TERBUKTI dengan saya. Saya tahu bahawa saya boleh mempercayainya.
NAMUN.
Jika saya meminta seseorang yang tidak berhubungan dengan saya untuk melakukan sesuatu, saya tidak pasti jika hal itu akan disempurnakan. Saya cuma berharap orang itu akan melaksanakannya. Saya rasa bimbang.
Hari 2:
- Menyembah Allah siang malam.
- Renungi siapa Dia itu.
Perihal Pelan
Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan "Mencari Allah Melaluinya" bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda.
More