Noel: Hari Natal adalah untuk Semua OrangSampel
![Noel: Christmas Is For Everyone](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13525%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Hadirat Yesus
Oleh Danny Saavedra
"Tidak lama kemudian, Maria segera berangkat ke sebuah kota di Yudea, di kawasan pergunungan. Dia pergi ke rumah Zakharia lalu memberikan salam kepada Elisabet. Ketika Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak. Elisabet dikuasai oleh Roh Allah, lalu dia berseru, 'Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu! Mengapakah penghormatan yang sebesar ini diberikan kepadaku, sehingga ibu Tuhanku datang melawat aku? Sebaik sahaja aku mendengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak kerana bersukacita. Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!'”—Lukas 1:39-45 (BM)
Terdapat sebuah lagu oleh Bryan dan Katie Torwalt dengan lirik yang berbunyi, "Apabila Engkau memasuki bilik, segala sesuatu berubah; kegelapan mula menggeletar melihat cahaya-Mu. Apabila Engkau memasuki bilik, setiap hati mula meluap-luap dan tiada yang lebih penting daripada duduk di kaki-Mu dan menyembah-Mu."
Tidak banyak petikan dalam Alkitab yang membuat saya beremosi seperti bahagian Kitab dalam Lukas 1 ini. Bayangkan babak ini dengan saya . . . Sebaik saja malaikat Gabriel mengumumkan berita menakjubkan, luar biasa dan mengubah dunia kepada Maria bahawa Mesias yang telah lama dinanti-nantikan akan dilahirkan olehnya, Maria mula mengemas hendak pergi melawat sepupunya Elisabet, yang juga mengandung sebagaimana yang dimaklumkan kepadanya oleh malaikat tadi.
Beberapa hari kemudian, dia tiba dan memberikan salam kepada sepupunya, berkemungkinan salam biasa "Damai sejahtera menyertai kamu." Sebaik saja dia memasuki bilik itu, sebaik saja suara Maria sampai ke telinga Elisabet, sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan berlaku: anak dalam kandungannya "melonjak". Apabila mendengar suara Maria, Yohanes yang belum dilahirkan, yang akan membaptis Yesus yang belum dilahirkan itu pada suatu hari nanti, melonjak dalam kandungan ibunya. Tidakkah itu menakjubkan?
Berkenaan ini, ahli teologi Matthew Poole memerhatikan, "Pergerakan anak dalam kandungan ibu . . . bukanlah perkara yang aneh . . . tetapi sudah pasti pergerakan ini adalah luar biasa." Berkemungkinan besar Elisabet pernah merasa Yohanes menendang atau bergerak-gerak dalam rahimnya, tetapi tidak seperti ini, tidak pernah seperti ini. Ini adalah penyembahan dalam rahim; seperti Daud dalam 2 Samuel 6:14 (BM), yang "menari-nari dengan penuh semangat," tetapi ini berlaku dalam kandungan Elisabet! Pada ketika itu, dia segera melalui Roh Kudus menyedari punca lonjakan itu. Dia sedar bahawa dia berada dalam hadirat Tuhan, Anak Allah, Mesias dan Penebus.
Maka, dengan teruja dia berseru, "Mengapakah penghormatan yang sebesar ini diberikan kepadaku, sehingga ibu Tuhanku datang melawat aku?" Saya suka bagaimana Alkitab Terjemahan Baru (TB, penegasan ditambahkan) menterjemahkan ayat ini: "Siapakah aku ini sampai ibu Tuhanku datang mengunjungi aku?"
Setiap kali saya membaca perbualan ini, saya menangis. Dapatkah anda membayangkan perasaan Elisabet apabila dia menyedari dia mengalami hadirat Tuhan, apabila Roh Kudus mendedahkan kepadanya Dialah, Dia berada di sini; Penyelamat dan Tuhan kamu hadir dalam rahim sepupu kamu!? Saya terkenang akan Simeon, yang, melihat Yesus, dan diberi penghormatan mendukung Mesias baru lahir, dan berkata, "Dengan mataku sendiri aku sudah melihat Penyelamat yang datang daripada-Mu. Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa" (Lukas 2:30-31 BM).
Timbulnya sukacita yang tidak terperikan apabila kita mengalami hadirat Yesus. Adanya kepenuhan, kesejahteraan, keterujaan yang menyebabkan kita mula meraikan dan menaikkan penyembahan yang suci dan tanpa segan. Belenggu dipatahkan, selaput gugur, penyembuhan berlaku, kegelapan lenyap, dan orang yang letih lesu diberi kelegaan. Tiada apa-apa yang sepertinya dalam seluruh dunia ini! Sebagai orang percaya, kita dapat hidup dalam kenyataan ini setiap hari.
Saya berdoa agar setiap orang mengingati ini; agar kita tidak sekali-kali kehilangan kekaguman, kehairanan, dan sukacita hidup setiap detik dalam hadirat Tuhan melalui Roh Kudus yang diam dalam kita. Saya berdoa agar kita tidak sekali-kali tidak menghargai hadirat-Nya dan supaya kita menerima pemenuhan Roh Kudus yang baru secara berterusan setiap hari.
Seperti yang dilakukan Maria semasa mengandung, kita membawa hadirat Allah dalam kita ke mana jua yang ditujui. Kita membawa kurnia mulia Allah dalam kita, kurnia yang diberikan kepada kita untuk dikongsikan dengan dunia di sekeliling kita! Oleh itu, apakah yang anda lakukan dengan hadirat-Nya? Apakah rasanya apabila anda memasuki sesebuah bilik? Bagaimanakah orang lain memberikan reaksi apabila mereka menemui anda, apabila mereka mendengar suara anda? Adakah hadirat Tuhan yang nyata dalam anda jelas kepada mereka? Adakah terang dunia bersinar melalui kehidupan anda ataupun adakah anda menutup dan menyembunyikannya?
Sahabat, semasa kita mendekati hari Natal, satu cuti di mana lampu perayaan menerangi kota kita, saya berdoa agar kita yang membawa hadirat Penebus dalam diri kita akan menyinarkan cahaya Kristus dengan paling cerah, supaya "mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga" (Matius 5:16 BM).
Perihal Pelan
![Noel: Christmas Is For Everyone](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13525%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Selama 12 hari berikutnya, kita akan meneliti kisah Natal dan bukan sahaja menyedari sebab ia adalah cerita teragung yang pernah diceritakan, malah bagaimana hari Natal betul-betul untuk semua orang!
More
Pelan yang Berkaitan
![Tahun Baru, Rahmat Baru](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13613%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Tahun Baru, Rahmat Baru
![Yesus: Panji Kemenangan Kita](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F14894%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Yesus: Panji Kemenangan Kita
![Riang Ria: Meraikan Krismas Setiap Hari](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F17399%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Riang Ria: Meraikan Krismas Setiap Hari
![Mengapa Paskah?](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F14896%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Mengapa Paskah?
![Berdoa dengan Penuh Rasa Takjub Sepanjang Krismas](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F21993%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Berdoa dengan Penuh Rasa Takjub Sepanjang Krismas
![Allah Menyertai Kita](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F17499%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Allah Menyertai Kita
![Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi Krisis](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F19374%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi Krisis
![ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang Kristian](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13611%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang Kristian
![Tabiat](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13743%2F320x180.jpg&w=640&q=75)