Noel: Hari Natal adalah untuk Semua OrangSampel
![Noel: Christmas Is For Everyone](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13525%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Tiada Tempat . . . Tetapi Semua Orang Dijemput
Oleh Danny Saavedra
"Ketika mereka di situ tibalah waktunya bagi Maria untuk bersalin, dan ia melahirkan seorang anak laki-laki, anaknya yang sulung, lalu dibungkusnya dengan lampin dan dibaringkannya di dalam palungan, karena tidak ada tempat bagi mereka di rumah penginapan. Di daerah itu ada gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan di dekat mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan . . . Setelah malaikat-malaikat itu meninggalkan mereka dan kembali ke sorga, gembala-gembala itu berkata seorang kepada yang lain: 'Marilah kita pergi ke Betlehem untuk melihat apa yang terjadi di sana, seperti yang diberitahukan Tuhan kepada kita.'"—Lukas 2:6-9, 15 (TB)
"Mereka bertanya, 'Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia' . . . Alangkah sukacitanya ahli-ahli kaji bintang itu apabila mereka nampak bintang itu. Bintang itu mendahului mereka, lalu berhenti di atas tempat Anak itu. Mereka masuk ke dalam rumah itu dan nampak Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka sujud menyembah Anak itu, dan mereka mengeluarkan emas, kemenyan dan mur, lalu mempersembahkan semua hadiah itu kepada-Nya."—Matius 2:2, 10-11 (BM)
Adakah anda ingat akan percutian keluarga anda yang pertama? Saya ingat lagi! Kami pergi ke Carolina Utara untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Ia jugalah pertama kalinya saya membawa anak lelaki saya, yang berumur lebih kurang 17 bulan pada masa itu, menaiki kapal terbang. Seperti yang anda boleh jangkakan, kegilaan ala sitcom menyusul. Anak kami menangis dengan teruk semasa penerbangan; kami duduk bersama kawan karib yang mempunyai seorang anak berumur setahun, dan ia agak mencabar, bukan apa yang dijangkakan langsung. Namun, ia jugalah menyeronokkan dan merupakan suatu waktu yang indah dengan kenangan yang baik dan masih dikenangkan serta diingat dengan penuh mesra.
Saya bayangkan keadaan yang sama untuk Maria dan Yusuf . . . Bagai nak gila dan sangat sibuk, berpanjangan dan sukar, dan dipenuhi kejutan, tetapi pada asasnya salah satu kenangan yang paling menakjubkan dalam kehidupan mereka. Bayangkan . . . Maria sarat mengandung pada waktu itu, dan mereka memuatkan barang atas keldai dan menuju Betlehem, tempat asal nenek moyang mereka—sebuah kota yang tidak pernah didiami mereka, di mana beberapa orang saudara jauh masih menetap, tetapi berkemungkinan besar bukan saudara yang rapat. Sekarang, mereka berharap ada tempat penginapan di rumah saudara mereka.
Walau bagaimanapun, semasa Yusuf dan Maria tiba di Betlehem, tiada saudara mereka yang mempunyai tempat penginapan untuk mereka. Semua bilik sudah penuh, tetapi memandangkan mereka bersaudara dan disebabkan Maria mengandung, salah seorang saudara telah membenarkan mereka untuk tinggal di bilik tingkat bawah di mana haiwan dikurung pada waktu malam. Bayangkan sesuatu seperti tingkat bawah tanah atau garaj di mana anda memelihara anjing atau kucing anda . . . atau lembu dan keldai!
Bukankah itu gila? Namun, ia menjadi lebih gila lagi . . . Tahukah anda di mana Yesus, Penyelamat, tidur pada malam pertama-Nya di dunia ini? Bukan dalam katil bayi yang mahal atau katil yang baik; Dia dibaringkan di dalam palung, tempat makanan binatang ternakan. Kini, palung kerap digambarkan dalam babak Natal tradisional sebagai basinet kayu, tetapi kenyataannya ia bagaikan sink ladang besar yang berbentuk segi empat tepat dan diperbuat daripada batu, yang diletakkan di atas sepasang blok sinder!
Tiada tempat untuk Yesus di dunia pada malam itu, namun, dengan jemputan kepada gembala di padang yang berdekatan dan kemudiannya ketibaan orang majus dari Timur, Tuhan telah menunjukkan kepada kita bahawa semua orang dijemput untuk datang dan menyembah di kaki Yesus. Bagaimana itu dijelaskan? Daripada semua orang yang mungkin dijemput dalam seluruh masyarakat Yahudi, Allah telah memilih sekumpulan gembala untuk mendengar berita tentang kelahiran Yesus dan untuk datang menyembah-Nya. Itu merupakan satu gambaran yang berkuasa kepada kita kerana gembala adalah antara kumpulan sosial yang terendah.
Pertimbangkan bagaimana pekerjaan gembala menghalang mereka daripada memasuki arus masyarakat Yahudi, daripada adat pembasuhan, dan sering kali daripada meraikan semua perayaan dan kenduri agama. Namun, gembala ini, yang tidak diragui menjaga domba yang akan digunakan sebagai korban di bait pada suatu hari nanti, telah dijemput. Seperti yang dikatakan John MacArthur dengan sesuai, "Betapa sewajarnya mereka adalah kumpulan pertama untuk mengenali Domba Allah!"
Lebih mendalam lagi bagi kita pada hari ini adalah ketibaan orang majus, sekumpulan paderi dan ahli nujum Babilonia/Persia, yang dengan beraninya membuat perjalanan mengikut bintang yang pertama untuk mencari seorang Raja. Begini: Orang majus ini adalah orang bukan Yahudi. Mereka begitu mempercayai Firman Allah sehinggakan mereka meninggalkan negeri mereka demi mencari Mesias yang dijanjikan. Mereka mencari Dia secara beriman dan sepenuh hati serta amat bersukacita apabila mereka menemui jalan kepada-Nya. Apabila mereka menemui-Nya dalam segala kemegahan-Nya, mereka mempersembahkan hadiah yang sangat berharga yang layak untuk Raja. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita dialu-alukan di kaki Yesus, kurnia mulia Allah, Mesias dan Raja. Semua orang dialu-alukan untuk datang dan menyembah Dia dan diselamatkan!
Pada hari Natal ini, saya berdoa agar kita menerima mentaliti yang sama ini. Saya berdoa agar kita melihat orang lain, walau apa pun latar belakang, kepercayaan, atau gaya hidup mereka, dengan kasih, belas kasihan, dan kebaikan hati yang sama seperti Yesus. Saya juga berdoa agar, seperti bintang yang telah memimpin orang majus kepada Yesus, kita juga menjadi cahaya bagi dunia yang menarik orang lain untuk menyembah Raja kita!
Perihal Pelan
![Noel: Christmas Is For Everyone](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13525%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Selama 12 hari berikutnya, kita akan meneliti kisah Natal dan bukan sahaja menyedari sebab ia adalah cerita teragung yang pernah diceritakan, malah bagaimana hari Natal betul-betul untuk semua orang!
More
Pelan yang Berkaitan
![Tahun Baru, Rahmat Baru](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13613%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Tahun Baru, Rahmat Baru
![Yesus: Panji Kemenangan Kita](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F14894%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Yesus: Panji Kemenangan Kita
![Riang Ria: Meraikan Krismas Setiap Hari](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F17399%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Riang Ria: Meraikan Krismas Setiap Hari
![Mengapa Paskah?](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F14896%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Mengapa Paskah?
![Berdoa dengan Penuh Rasa Takjub Sepanjang Krismas](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F21993%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Berdoa dengan Penuh Rasa Takjub Sepanjang Krismas
![Allah Menyertai Kita](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F17499%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Allah Menyertai Kita
![Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi Krisis](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F19374%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi Krisis
![ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang Kristian](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13611%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang Kristian
![Tabiat](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13743%2F320x180.jpg&w=640&q=75)