Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel
Cahaya Telah Datang
Hari Natal sudah tiba! Ia adalah masa untuk meraikan kelahiran Penyelamat kita, Yesus Kristus—Cahaya bagi Dunia!
Dalam penciptaan pertama dalam Kejadian, Tuhan berbicara dan cahaya segera berpisah daripada kegelapan. Namun, tidak lama kemudian Adam dan Hawa memilih untuk berdosa, dan kehadiran Tuhan, cahaya-Nya, dipisahkan daripada manusia. Pada waktu itu kisah penebusan perlu dituliskan: Keperluan akan cahaya untuk menerangi kegelapan bukan sahaja tentang siang dan malam, tetapi kehidupan dan kematian. Keinginan terbesar Tuhan adalah berhubungan dengan kita, maka Dia mengutuskan Cahaya untuk memimpin kita keluar daripada kegelapan dan kembali kepada-Nya.
Pada hari Natal ini: "Inilah cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia."
Satu-satunya Anak Tuhan dilahirkan supaya dengan pengampunan dosa, kita boleh didamaikan dengan-Nya. Pemisahan yang membuat kita dalam kegelapan telah diatasi oleh cahaya Yesus. Yesus berkata, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup."
Walau di mana pun anda berada hari ini, walau apa pun yang telah anda lakukan, Penyelamat dunia sudah tiba! Demi ANDA! Biarlah cahaya-Nya menerangi semua tempat yang gelap dalam kehidupan anda dan memulihkan apa yang telah hilang dalam kegelapan. Cahaya sudah tiba, dan Dia telah mengisytiharkan bahawa anda tidak perlu berjalan dalam kegelapan lagi. Terimalah kasih-Nya dan alami hari Natal tidak seperti sebelumnya!
Doa: Bapa, terima kasih kerana menyediakan jalan sejak mulanya untuk kami mendekati-Mu semula. Terima kasih kerana mengutus Anak-Mu untuk dilahirkan, untuk mati, supaya saya boleh hidup! Hari ini, semasa saya meraikan hari Natal, bantulah saya untuk betul-betul menghargai kasih-Mu untuk saya dan untuk Cahaya yang dibawa-Mu ke dalam kehidupan saya. Saya memuji-Mu kerana memungkinkan saya untuk tidak berjalan dalam kegelapan lagi!
Muat turun imej hari ini di sini.
Perihal Pelan
Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.
More