Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel
Makhluk yang Mengagumkan Berasa Kagum
Dapatkah anda membayangkan apa yang dialami gembala tersebut apabila sepasukan besar "malaikat syurga" muncul pada malam Natal itu? Mereka sedang menjaga ternakan di padang, dan tiba-tiba: langit dipenuhi malaikat. Berkemungkinan besar mereka pernah dengar tentang malaikat, tetapi betul-betul melihat malaikat mungkin menakutkan dan mengagumkan. Bayangkan ratusan malaikat memuji-muji dengan bunyi yang pasti memekakkan dan sangat indah. Sungguh sukar dipercayai!
Malaikat mungkin kelihatan layak menerima penyembahan juga. Mereka amat berbeza daripada apa-apa yang kita lihat di dunia ini, memancarkan cahaya syurga yang gilang-gemilang, dan memerintahkan perhatian dan dihormati. Walau bagaimanapun, mereka bukanlah tumpuan penyembahan. Macam mana luar biasa pun mereka itu, malaikat menumpukan perhatian untuk memuji Tuhan kerana siapa Dia dan apa yang telah dibawa-Nya ke dunia melalui Yesus. Malaikat, yang mengagumkan pada mata manusia, berasa kagum melihat Tuhan. Ia pastilah lebih meyakinkan kepada gembala itu bahawa Tuhan layak menerima penyembahan dan pujian tertinggi mereka.
Doa: Bapa, saya tidak dapat memahami sepenuhnya betapa mengagumkannya Engkau. Pada musim Natal ini, pakukan mata saya pada betapanya Engkau layak menerima penyembahan saya. Jangan biarkan saya kehilangan kekaguman akan kebesaran-Mu. Segala sesuatu di syurga dan di bumi telah dicipta untuk menyembah-Mu. Kemuliaan-Mu tidak ada tolok bandingnya.
Muat turun imej hari ini di sini.
Kitab
Perihal Pelan
Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.
More