Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 19 DARIPADA 25

Iman Tanpa Teragak-agak

Fikir tentang suatu waktu di mana anda mendengar daripada Tuhan, sama ada tentang suatu janji, pengesahan, ataupun keyakinan. Apakah respons segera anda? Adakah anda bertindak tentang apa yang dikatakan-Nya, atau adakah anda duduk dan mempertimbangkan sama ada ia betul-betul suara-Nya? Mungkin anda pasti anda telah mendengar apa yang dikatakan-Nya namun masih teragak-agak. (Penafian: Tidak apa—kita semua melakukannya!)

Lukas 2 mengatakan bahawa apabila malaikat memberitahu gembala tentang Berita Baik mengenai kelahiran Yesus, mereka "segera pergi" dan menjumpai-Nya. Daripada menunggu dan membiarkan keraguan menular masuk, mereka bertindak segera. Ini memerlukan iman yang besar! Sudah tentu mereka ingin menemui Yesus, tetapi mereka juga mempunyai kerisauan duniawi. Apakah yang mereka harus lakukan dengan kawanan domba mereka? Haruskah mereka memaklumkan keluarga mereka dahulu? Adakah mereka memakai pakaian yang sesuai? Adakah gembala biasa betul-betul layak menemui Raja Segala Raja? Mereka tidak membiarkan mana-mana soalan yang mungkin diajukan kita dalam situasi yang sama daripada menghalang mereka untuk memberikan respons segera terhadap Tuhan.

Apabila kita mengikuti Yesus, kita perlu memeluk iman seperti ini. Apabila kita teragak-agak dengan Tuhan, kita mewujudkan kawasan pembiakan keraguan, ketakutan, dan perasaan tidak yakin pada diri sendiri—tiada antara ini datang daripada-Nya. Apabila anda mendengar kata-kata khusus daripada-Nya, percayalah arahan-Nya. Dia akan melengkapkan anda untuk melakukan apa yang diminta-Nya. Perkara yang anda perlu lakukan adalah memberikan respons. Hidupkan iman anda hari ini dan memutuskan dahulu bahawa anda akan bergerak apabila Tuhan memberitahu anda untuk bergerak, walau apa pun!

Doa: Bapa, terima kasih kerana kesabaran-Mu terhadap saya. Maafkan saya untuk waktu saya teragak-agak bila Engkau berbicara kepada saya. Saya mahu menurut rancangan-Mu untuk kehidupan saya. Kuatkan iman saya, dan bantulah saya untuk memberikan respons dengan cepat apabila saya mendengar daripada-Mu.

Muat turun imej hari ini di sini.

Hari 18Hari 20

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/