Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 24 DARIPADA 25

Pengejaran Membawa Kepada Pertumbuhan

Lukas 2:40 memberitahu kita bahawa apabila Yesus masih kecil, Maria dan Yusuf membawa Dia ke Rumah Tuhan di Yerusalem untuk menyerahkan-Nya kepada Tuhan dan menjalankan upacara menurut Taurat Musa. Kemudian, kita membaca bahawa Yesus bertambah besar dan kuat. Dia sangat bijaksana dan Allah berkenan kepada-Nya. Yesus memberikan contoh bagaimana kita harus menjalankan kehidupan, tetapi ia kelihatan mustahil jika kita hanya menumpukan perhatian pada kenyataan bahawa Dia ialah Tuhan. Yesus jugalah manusia sepenuhnya, dan menurut Alkitab, Dia juga berpeluang berkembang dan bertumbuh. Namun, apakah yang mendorong pertumbuhan Penyelamat kita?

Dalam budaya moden, kita dihujani pemasaran bantu diri yang memberitahu kita cara kita boleh menjadikan tubuh kita lebih kuat, menjadi lebih berjaya dalam perniagaan, membantu diri mengatasi kemurungan... Dengan beberapa ringgit sahaja, kita boleh belajar lebih banyak dan melakukan lebih banyak serta menjadikan diri lebih baik.

Memanglah penting untuk memerhatikan bahawa Firman menyatakan tentang pertumbuhan Yesus apabila Dia dan keluarga-Nya memuliakan Tuhan. Sudah tentu, terdapat langkah yang kita boleh ambil dengan kekuatan diri untuk bertumbuh, tetapi tiada bantuan diri yang dapat menyediakan Yesus untuk panggilan hidup-Nya. Tiada bantuan diri yang dapat menggantikan kasih karunia Tuhan dalam kehidupan kita juga. Kita melihat orang Kristian pada saat-saat menghadapi kematian mereka yang mempunyai kebijaksanaan dan kekuatan yang lebih besar daripada kebanyakan pemimpin atau olahraga yang berjaya atas usaha sendiri. Kita tidak memperoleh kebijaksanaan dan kekuatan dengan membantu diri. Kebijaksanaan adalah hasil sampingan mengejar dan memuliakan Tuhan dan mengalami kasih karunia-Nya yang mengubah kehidupan.

Pada musim Natal ini, tumpukan perhatian pada perkara yang mungkin apabila anda mendekati Yesus. Anda tidak perlu bergumul untuk memadani standard duniawi yang tidak tercapai. Bertenanglah dalam kesedaran bahawa kebijaksanaan dan kekuatan sebenar datang daripada kehampiran anda dengan Dia. Apabila anda mengejar Dia setiap hari, anda dijamin akan bertumbuh dan dilengkapkan untuk tujuan anda.

Doa: Bapa, terima kasih kerana menjadi sumber kebijaksanaan dan kekuatan saya. Kasih karunia-Mu memberikan saya harapan untuk masa depan saya. Saya sedar Engkau adalah jauh lebih besar daripada yang dapat saya capai dan saya amat bersyukur atas kerelaan-Mu untuk berkongsi kekuatan-Mu dengan saya. Apabila saya bergumul, bantulah saya untuk bergantung kepada-Mu dan bukannya pada diri sendiri.

Muat turun imej hari ini di sini.

Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/