Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 20 DARIPADA 25

Menyimpan

Terdapat suatu ketika di tengah-tengah kesibukan malam Natal di mana Alkitab mencatatkan bahawa, "Tetapi Maria menyimpan semua perkara itu di dalam hati dan merenungkannya." Bayangkan Maria berundur dan memerhatikan setiap perincian. Bayi lelakinya sudah dilahirkan. Yusuf masih berada di sisinya. Sekumpulan gembala muncul dengan kisah malaikat yang memuji-muji Yesus, dan mereka tidak dapat menahan diri daripada memberitahu seluruh kota. Setiap orang meraikan mukjizat Anaknya. Ia merupakan suatu waktu tentang kesetiaan Tuhan yang berharga, dan dia menyimpan semua perkara itu dalam hatinya.

Kita menyimpan perkara atas sesuatu sebab. Pada suatu ketika nanti kita perlu beralih kepada bekalan yang telah disimpan untuk memelihara kita apabila kita menghadapi masalah. Mengetahui nubuatan tentang pengorbanan Mesias, Maria sedar bahawa anak kesayangannya akan mengalami penderitaan yang dahsyat pada suatu hari nanti. Apabila dia berdiri di kaki salib semasa Anaknya disalibkan, Maria semestinya mengenang kembali setiap kenangan tentang kesetiaan Tuhan supaya dia boleh terus mempercayai janji tentang kebangkitan Yesus. Dalam keseksaannya yang terbesar, dia memiliki koleksi bukti bahawa Tuhan akan menggenapi janji-Nya.

Apabila kita mengalami musim "puncak gunung" setelah melihat kesetiaan Tuhan, kita perlu menyimpan kebenaran pengalaman kita itu dan menggunakannya kemudian. Dalam Yohanes 16:33, Yesus menjelaskan bahawa, "Di dunia kamu akan menderita." Walau bagaimanapun, Dia memberitahu kita untuk tabahkan hati, kerana Dia akan mengalahkan dunia. Dalam waktu kehidupan kita yang paling sukar, kita perlu mengingati kemenangan Yesus dan mengenangkan semua kebaikan-Nya yang telah kita saksikan. Apabila anda mengalami kesetiaan Tuhan dalam kehidupan anda, berundurlah dan menyimpan semua perkara itu dalam hati anda. Fikirkannya secara kerap. Apabila waktu yang paling sukar melanda, seperti Maria, anda akan berupaya mengharunginya.

Doa: Bapa, saya memuji-Mu kerana Engkau setia. Saya telah melihatnya dengan mata saya sendiri, dan saya tidak mahu melupakannya. Bantulah saya, dengan sengajanya, untuk menyimpan semua detik di mana saya melihat Engkau menggenapi janji-Mu supaya apabila kesukaran melanda, iman saya akan tetap kuat.

Muat turun imej hari ini di sini.

Hari 19Hari 21

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/