Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 22 DARIPADA 25

Hati Tuhan Untuk Seluruh Dunia

Orang majus merupakan ahli kaji bintang, maka ia menjelaskan sebab Tuhan menggunakan bintang untuk membawa mereka kepada Yesus. Dia tahu cara untuk mendapatkan perhatian mereka. Sebagai ahli kaji bintang, berkemungkinan besar orang bijak yang kita masukkan dalam kelahiran Yesus Kristus pada hari Natal adalah ahli sihir yang mentafsirkan petanda dan tanda untuk memperoleh kuasa. Terdapat banyak teori tentang etnik dan latar belakang orang majus dari Timur ini, tetapi hanya satu perkara yang pasti: Mereka bukan orang Yahudi. Mereka ialah orang bukan Yahudi.

Selama berabad-abad lamanya, orang menganggap Penyelamat akan datang terutamanya untuk menyelamatkan orang Yahudi, umat pilihan Tuhan. Ia merupakan tanggapan yang munasabah, tetapi mereka sentiasa dianiayai oleh bangsa bukan Yahudi di sekeliling mereka, yang menyembah allah palsu. Jika Allah yang Benar datang ke dunia ini untuk menetapkan Kerajaan abadi-Nya, ia pastilah demi orang Yahudi.

Namun, apabila Tuhan menyatakan kepentingan kelahiran Yesus kepada orang majus, kita nampak buat pertama kalinya keinginan-Nya yang nyata sepintas lalu untuk mendamaikan seluruh dunia, walau apa pun latar belakang atau kedalaman kehinaan kita. Ini merupakan suatu detik yang penting, terutamanya kepada orang bukan keturunan Yahudi. Sementara Yesus dilahirkan daripada keturunan Yahudi jati dan sudah tentu datang untuk menebus orang yang telah dipilih-Nya sejak mula lagi, Dia juga datang untuk membawa semua orang kembali kepada hubungan dengan Pencipta mereka.

Dalam Kisah Rasul-rasul 15, rasul Paulus mengakui bahawa Roh Kudus tidak lagi membezakan antara orang Yahudi dan orang bukan Yahudi. Sesiapa yang beriman dalam Yesus telah menjadi anak terpilih Tuhan. Paulus menyatakan dengan lebih lanjut lagi dalam Kolose 3, bahawa, "Dengan demikian lenyaplah perbezaan antara orang bukan Yahudi dengan orang Yahudi, orang bersunat dengan orang yang tidak bersunat, orang asing dengan orang biadab, abdi dengan orang bebas. Kristuslah segala-galanya dan Dia bersatu dengan mereka semua." Yesus menjelaskan dalam Amanat Agung bahawa Dia mengingini semua bangsa untuk mengenali-Nya. Hati-Nya adalah untuk dunia ini!

Doa: Yesus, terima kasih kerana Engkau datang untuk menyelamatkan dunia yang telah lama tidak mengakui-Mu. Terima kasih kerana Engkau menginginkan hubungan dengan saya apabila saya langsung tidak benar dan terpisah daripada-Mu. Saya sedar Engkau mengasihi seluruh dunia, dan saya ingin menjadi tangan dan kaki-Mu yang terus menjangkau orang yang berjauhan daripada-Mu. Gunalah saya untuk membawa kasih-Mu kepada bangsa-bangsa.

Muat turun imej hari ini di sini.

Sumber: https://www.christianitytoday.com/history/2016/december/magi-wise-men-or-kings-its-complicated.html
Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/