Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 23 DARIPADA 25

Raja, Tuhan, dan Penyelamat

Dalam Matius 2:11, orang majus membawa tiga hadiah yang terkenal kepada Yesus: emas, kemenyan dan mur. Tahukah anda bahawa hadiah ini mempunyai kepentingan khusus dalam Perjanjian Lama dan mencerminkan Dia yang disembah itu?

Emas mewakili raja dalam Mazmur 72:15, dan pemberian emas mengesahkan Yesus sebagai Raja segala Raja. Kemenyan berkaitan dengan penyembahan Tuhan dalam Keluaran 30:34, dan pemberian kemenyan mengakui bahawa Yesus ialah Tuhan. Dalam Keluaran 30:22-25, mur digunakan untuk mengurapi orang untuk tujuan khusus. Pertama kali Yesus menerima mur sebagai hadiah adalah semasa kelahiran-Nya. Kali terakhir Yesus diberikan mur adalah pada salib dan semasa pengebumian-Nya. Hadiah ini menandakan tujuan khusus kehidupan Yesus: Dia akan mati pada salib untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan kemudiannya dibangkitkan, mengalahkan kematian.

Ayat dalam Matius 2 menyatakan bahawa apabila orang majus melihat Yesus, "mereka sujud menyembah Anak itu." Kita menyembah Yesus sebagai Raja kerana Dia memiliki "segala kuasa di syurga dan di bumi" (Matius 28:18-20). Kita menyembah Yesus sebagai Tuhan kita kerana "Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia" (Yohanes 1:3). Kita menyembah Yesus sebagai Penyelamat kita kerana "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal" (Yohanes 3:16). Mintalah Tuhan untuk menggunakan musim Adven ini untuk mendekatkan anda kepada Yesus melalui penyembahan, seperti bintang yang membawa orang majus untuk menyembah-Nya.

Doa: Bapa, terima kasih kerana memimpin saya kepada-Mu. Sebagaimana Engkau membawa orang majus mendekati Yesus, bawalah saya lebih dekat kepada Yesus daripada sebelumnya. Yesus, saya menyembah-Mu sebagai Raja saya, Tuhan saya, dan Penyelamat saya! Roh Kudus, bantulah saya untuk membimbing orang lain yang berjauhan daripada-Mu untuk mendekati dan menyembah Yesus.

Muat turun imej hari ini di sini.

Sumber: John MacArthur, Matthew 1-7, William Hendriksen, Exposition of the Gospel According to Matthew, David Platt, Exalting Jesus in Matthew, Grant R. Osborne, Matthew, (Zondervan Exegetical Commentary Series on the New Testament).
Hari 22Hari 24

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/