Tujuh Kunci Keutuhan EmosiSampel
Kunci 7: Meminta Bantuan Roh Kudus
Kitab Suci memberitahu kita bahawa satu-satunya Pembimbing yang boleh dipercayai ialah Roh Kudus. Dialah yang tahu akan masa lalu kita yang sepenuhnya, sejak waktu kita terbentuk sehingga sekarang ini, dan Dialah yang tahu akan masa depan kita, daripada hari ini sehingga keabadian. Dia tahu akan rancangan Allah dan tujuan-Nya untuk kita pada hari ini dan setiap hari dalam hayat kita. Dia juga tahu hal yang baik dan betul untuk kita.
Yesus menyebut Roh berulang kali sebagai "Roh Kebenaran." Perhatikan apa yang dikatakan oleh Dia tentang kegiatan Roh Kudus dalam hidup anda: "Dia akan membimbingmu ke arah segala kebenaran. Roh itu tidak akan mengatakan sesuatu menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan menyampaikan apa yang didengar-Nya dan memberitahumu apa yang akan terjadi” (Yohanes 16:13). Roh Kebenaran bagaikan kompas dalaman dalam hidup kita, sentiasa menunjukkan kita ke arah apa yang akan dijadi, dikatakan, atau dilakukan oleh Yesus pada bila-bila masa.
Segala sesuatu yang dilakukan oleh Yesus dinyatakan kepada Dia oleh Bapa. Kita juga, mesti menanya Roh Kudus untuk menyatakan kehendak Bapa kepada kita. Contohnya, orang yang sihat dari segi emosi mungkin rasa marah tetapi dengan meminta pimpinan Roh Kudus tentang cara menyalurkan kemarahan itu menjadi tingkah laku yang positif, orang itu akan menemui saluran keluar bagi kemarahannya lalu mendatangkan berkat bukannya kerosakan. Orang yang sihat dari segi emosi mungkin rasa kecewa atau hampa, tetapi dengan meminta pimpinan Roh Kudus, ia akan dipimpin ke arah peluang yang baru lalu membawa harapan.
Ingatlah, Roh Kudus diberikan kepada anda apabila anda mempercayai Kristus. Pelayanan Roh Kudus ialah memberikan anda pimpinan dan nasihat setiap hari, menolong anda berjalan mengikut jalan Tuhan, dan membuat pilihan yang bijak. Mintalah bantuan Roh Kudus setiap hari. Mintalah Dia untuk melindungi anda daripada kejahatan dan untuk membimbing anda ke arah kebenaran. Izinkan Dia untuk menguasai jadual anda, janji temu harian anda, dan emosi anda. Percayalah Dia untuk menolong anda mengejar kesihatan emosi dan kekuatan, menyelaraskan kehidupan emosi anda dengan kehidupan rohani anda—seluruh hidup yang berasaskan Yesus Kristus.
Ketahui lebih lanjut tentang pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.
Kitab
Perihal Pelan
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek keutuhan yang utama semasa mencari hal yang terbaik daripada Allah bagi kehidupan emosi anda. Anda tidak perlu mengikut tertib ini. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda membina tabiat utama dalam hidup anda yang akan menolong anda menjadi lebih utuh dari segi rohani dan emosi. Dapatkan lebih banyak pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.
More