Tujuh Kunci Keutuhan EmosiSampel
![Seven Keys To Emotional Wholeness](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F11462%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Kunci 2: Penuhi Diri dengan Kitab Suci
Apabila anda diampunkan, anda memiliki rekod yang bersih di hadapan Allah. Walau bagaimanapun, memiliki rekod yang bersih tidaklah mencukupi. Anda mesti meminta Tuhan untuk menuliskan kebenaran-Nya pada loh hati anda. Anda memerlukan kebaikan Allah ditanamkan dalam anda. Anda memperoleh kebenaran Allah tentang hampir setiap situasi dengan membaca Firman-Nya. Anda perlu memenuhi diri dengan pendapat Allah, dan dalam lingkungan kesihatan emosi, itu bermaksud memenuhi diri dengan pendapat Allah tentang diri anda.
Dalam Kitab Suci, anda mendapati bahawa anda:
· Anak Allah. Galatia 3:26-27 menyatakan: “Kerana kamu percaya kepada Kristus Yesus, maka kamu menjadi anak-anak Allah dan bersatu dengan Kristus Yesus. Kamu semua telah dibaptis dan disatukan dengan Kristus. Oleh itu, sekarang kamu sudah menerima sifat-sifat Kristus sendiri.” 1 Yohanes 5:1 meyakinkan lagi bahawa "Sesiapa percaya bahawa Yesus ialah Kristus, maka orang itu lahir daripada Allah. Sesiapa mengasihi Bapa mengasihi anak-Nya juga.”
· Diterima sepenuhnya oleh Allah. Memahami bahawa sebagai anak Allah anda telah diterima sepenuhnya oleh Allah ialah kunci bagi kesihatan emosi anda. Kisah Rasul-rasul 10:34-35 mengajar kita bahawa "Sesungguhnya, aku mengerti sekarang bahawa Allah tidak memilih kasih. Sesiapa yang takut akan Allah dan mengerjakan yang benar, tidak kira apa bangsanya, dialah yang diredai-Nya.”
· Waris Bapa melalui Yesus Kristus. Akhirnya, menyedari bahawa Firman Allah menjanjikan sebagai anak-Nya anda ialah waris melalui Yesus Kristus menenangkan fikiran anda dan memastikan langkah dalam arah yang betul berkenaan kesihatan emosi dan kesejahteraan anda. Galatia 3:29 dan Titus 3:7 berjanji bahawa jika kita milik Kristus, maka kita ialah keturunan Abraham; dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan.
Terdapat terlalu banyak gambaran untuk umat Allah dalam Kitab Suci. Renungi Firman-Nya, memohon Dia untuk menjelaskan pendapat menakjubkan-Nya tentang anda. Senaraikan atau bulatkan gambaran tersebut semasa anda membaca Alkitab anda setiap hari. Jika anda dilahirkan semula melalui Yesus Kristus, semua gambaran tentang anak Allah berkaitan dengan anda ... terimalah semua itu sebagai sebahagian daripada profil anda.
Perihal Pelan
![Seven Keys To Emotional Wholeness](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F11462%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek keutuhan yang utama semasa mencari hal yang terbaik daripada Allah bagi kehidupan emosi anda. Anda tidak perlu mengikut tertib ini. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda membina tabiat utama dalam hidup anda yang akan menolong anda menjadi lebih utuh dari segi rohani dan emosi. Dapatkan lebih banyak pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.
More
Pelan yang Berkaitan
![Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F53791%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
![Mengasihi dan Terus Mengasihi](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44158%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Mengasihi dan Terus Mengasihi
![Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F48882%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
![Benih: Apa dan Mengapa](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44130%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Benih: Apa dan Mengapa
![Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44796%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
![Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F50414%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
![Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44485%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
![Bangkitlah dan Bersinarlah](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43961%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Bangkitlah dan Bersinarlah
![Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43679%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya
![Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43442%2F320x180.jpg&w=640&q=75)