Tujuh Kunci Keutuhan EmosiSampel

Seven Keys To Emotional Wholeness

HARI 1 DARIPADA 7

Kunci 1: Serahkan Hati Anda Kepada Kristus

Penebusan rohani ialah kunci pertama ke arah pembangunan imej kendiri yang positif. Orang yang tidak mengenali Kristus mungkin mendakwa bahawa mereka mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap diri sendiri, tetapi mereka tidak akan membuat kesimpulan itu jika mereka itu jujur. Kebanyakan orang tidak percaya yang memandang diri sebagai mampu diri dan tidak memerlukan Kristus ialah orang yang sedih dalam krisis. Mereka bagaikan rumpai berbunga yang cantik tetapi tidak mempunyai sistem akar yang kuat. Mereka cuma boleh bergantung pada diri sendiri untuk kekuatan, tenaga, semangat, dan kreativiti. Lama-kelamaan mereka akan tidak tahan lagi dengan diri sendiri. Mereka tidak memiliki Roh Kudus dalam diri mereka untuk menguatkan diri dalam Kristus dalam cara yang menghiburkan dan berdasarkan kebenaran, meskipun semasa ditegur. 

Berhubungan dengan Yesus Kristus menyelesaikan banyak isu yang menjejaskan keutuhan emosi:

· Rasa bersalah. Rasa bersalah timbul apabila anda mempunyai dosa yang tidak diampunkan. Apabila anda memohon pengampunan Allah, anda diampunkan. Rasa bersalah dihapuskan (Rm 8:1).

· Rasa tidak dikasihi. Apabila anda berbalik kepada Kristus, anda mesti menerima bahawa Allah mengasihi anda dan ingin menjalin hubungan yang kekal dengan anda (Rm 8:38-39).

· Ingin membalas dendam. Sesudah anda menerima hadiah keselamatan Allah yang percuma, anda harus menyedari bahawa Allah juga ingin mengampunkan orang lain. Perkara yang dilakukan oleh Allah untuk anda, Dia ingin lakukan untuk semua orang juga, walau apa pun kisah masa lalu mereka (Kol 3:13).

· Berusaha untuk menyenangkan hati Allah. Hadiah keselamatan Allah kepada anda adalah percuma. Anda tidak dapat memperoleh, membeli, atau mencapainya melalui perbuatan baik. Anda tidak patut menerimanya. Apabila anda dilahirkan semula dari segi rohani, anda mesti menerima bahawa sebarang pertolongan yang anda terima daripada Allah adalah berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Kristus (Ef 2:8-9).

Jika anda ingin utuh dari segi emosi hari ini, serahkan hidup anda kepada Kristus. Sebaik sahaja anda menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi anda, anda mesti mengikut-Nya sebagai Tuhan anda. Tindakan mengikuti Kristus setiap hari ini termasuk mengakui dosa, penyucian roh harian yang penting bagi kesihatan rohani anda seperti mandi setiap hari demi kesihatan fizikal anda. Anda memohon pengampunan Allah untuk sifat berdosa anda dahulu, kemudian untuk dosa yang dilakukan sementara mengikuti Kristus.

ingatlah, tiada orang yang dapat mengikut Kristus secara sempurna. Setiap orang cenderung melakukan kesilapan yang disengajakan dan yang tidak diniatkan—perkara yang dipanggil dosa pelanggaran dan dosa kelalaian oleh sesetengah pihak. Anda memohon pengampunan yang berterusan bagi dosa tersebut. Apabila anda berbuat demikian, Bapa syurgawi anda yang penyayang menjanjikan pengampunan menurut limpah kasih kurnia-Nya yang dilimpahkan-Nya kepada anda (Ef 1:7).

 

Hari 2

Perihal Pelan

Seven Keys To Emotional Wholeness

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek keutuhan yang utama semasa mencari hal yang terbaik daripada Allah bagi kehidupan emosi anda. Anda tidak perlu mengikut tertib ini. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda membina tabiat utama dalam hidup anda yang akan menolong anda menjadi lebih utuh dari segi rohani dan emosi. Dapatkan lebih banyak pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.

More

Kami berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.intouch.org/reading-plans