Tujuh Kunci Keutuhan EmosiSampel
Kunci 6: Tidak Lagi Memikirkan Kegagalan Lalu
Kemenangan ialah kehendak Allah untuk hidup orang percaya. Namun, kadang-kadang kita mendapati diri asyik melakukan dosa yang sama. Akibatnya, hidup kita ditandakan oleh janji yang tidak ditepati untuk menamatkan kesalahan. Kita memberitahu Tuhan bahawa kita inginkan hal yang benar, tetapi sering kali keinginan kita berkurang apabila kesucian tidak lagi senang, menyeronokkan, atau menguntungkan. Banyak kali, orang percaya menjadi marah dengan Allah kerana menahan kemenangan, tetapi dosa selalunya pilihan kita—bukan pilihan Tuhan.
Apabila kita betul-betul bertaubat akan dosa kita, memohon pengampunan Tuhan, dan mempercayai Kristus yang hidup untuk memperkasakan kita, kita membangunkan kuasa yang kuat menentang Iblis dan cubaan. Kita menang apabila kita ingat bahawa Yesus Kristus ialah sumber hidup kita, dan Allah meyakinkan kita bahawa kemenangan menjadi milik kita apabila kita bergantung pada Dia.
Sebahagian daripada menerima pengampunan Allah dan hidup dalam kemenangan ialah memaafkan diri. Sebaik sahaja Allah mengampunkan anda, anda tidak lagi terikat kepada dosa, kegagalan, atau kelemahan lalu. Anda ialah ciptaan yang baru dalam Yesus Kristus (2 Kor 5:17). Setiap masa anda memikirkan kegagalan lalu anda, anda menutup hati dan fikiran anda kepada berkat yang disediakan oleh Allah untuk anda. Berfikirlah sebaliknya tentang banyak cara Bapa telah menolong anda dan memberkati anda dalam hidup anda. Bila-bila anda mendapati diri merenungi kegagalan lalu, ingatkan diri anda bahawa Allah sudah menyelamatkan anda daripada dosa anda. Kemudian, alihkan perhatian anda kepada perkara positif yang telah dilakukan oleh Dia untuk anda, dan melalui anda. Mula memuji Dia kerana kebaikan-Nya, jangan berfikir tentang dosa yang membelenggu anda.
Perihal Pelan
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek keutuhan yang utama semasa mencari hal yang terbaik daripada Allah bagi kehidupan emosi anda. Anda tidak perlu mengikut tertib ini. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda membina tabiat utama dalam hidup anda yang akan menolong anda menjadi lebih utuh dari segi rohani dan emosi. Dapatkan lebih banyak pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.
More