Tujuh Kunci Keutuhan EmosiSampel

Seven Keys To Emotional Wholeness

HARI 5 DARIPADA 7

Kunci 5: Berkongsi Diri Dengan Orang Lain

Terlalu banyak introspeksi kepada masalah dan kelemahan anda boleh membuat anda tumbuh ke dalam. Jika anda pernah mengalami masalah rambut atau kuku cekam, anda tahu bagaimana bahagian kecil yang tumbuh ke dalam tubuh fizikal anda menyakitkan anda. Prinsip yang sama dikenakan pada kehidupan rohani dan emosi anda. Anda boleh melihat ke dalam diri dan setelah masa berlalu membinasakan diri, semuanya demi mengenali diri atau menyelesaikan masalah anda. 

Ubat yang terbaik untuk banyak kesulitan emosi ialah memandang ke luar dan mula memberi kepada orang lain. Anda mungkin berkata, "Tapi saya tidak mempunyai apa-apa yang boleh diberi." Setiap orang mempunyai sesuatu yang boleh diberikan, meskipun senyuman, kata-kata lembut, atau tepukan pada bahu pada masa orang lain memerlukan pertolongan. Ada kalanya, kehadiran anda sahaja menjadi hadiah buat seseorang, terutamanya orang yang rasa sepi, sedih, menghidap penyakit yang lama. Orang yang paling gembira yang saya kenal ialah orang yang mempunyai hati yang terbuka luas dan yang memberi kepada orang lain secara murah hati. Orang seperti itu yakin sepenuhnya dalam kasih Allah. Berilah tanpa menjangkakan balasan. Allah akan melihat hati anda dan perbuatan anda ... dan Dia akan memberikan anda ganjaran yang sewajarnya. Percayalah Dia untuk menjaga anda.

Dengan memberi secara rela hati dan murah hati, anda membuka diri anda. Posisi buka di hadapan Allah dan orang lain ini adalah penting bagi kesihatan emosi. Semasa anda membuka dirilah anda belajar mempercayai, dan keupayaan mempercayai adalah penting kepada keupayaan anda untuk menerima pengampunan dan penyembuhan Allah, dan untuk mempercayai bahawa Allah akan memenuhi semua keperluan anda.

“Sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat. Kamu sudah menerima kuasa ini dengan percuma, maka lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran” (Matius 10:8). 

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Seven Keys To Emotional Wholeness

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek keutuhan yang utama semasa mencari hal yang terbaik daripada Allah bagi kehidupan emosi anda. Anda tidak perlu mengikut tertib ini. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda membina tabiat utama dalam hidup anda yang akan menolong anda menjadi lebih utuh dari segi rohani dan emosi. Dapatkan lebih banyak pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.

More

Kami berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.intouch.org/reading-plans