Tujuh Kunci Keutuhan EmosiSampel
Kunci 3: Memperoleh Penyembuhan Allah Bagi Kesalahan Anda
Semua orang mempunyai sesuatu yang tidak disukai tentang diri sendiri. Setiap orang mempunyai kecenderungan menumpukan lebih banyak perhatian pada kecacatan dan kelemahan diri daripada kekuatan diri. Itulah sifat manusia. Namun, ada sesetengah perkara dalam hidup yang tidak dapat diubah. Contohnya, anda tidak dapat mengubah keluarga anda, anda tidak dapat mengubah bangsa atau ketinggian fizikal anda juga. Sesetengah kelemahan fizikal dan/atau kecacatan tidak dapat diubah. Walau bagaimanapun, semasa anda menerima perkara yang tidak dapat diubah tentang diri anda yang membuat anda menakjubkan dan unik, anda menjadi bijak untuk menerima bahawa dalam kebijaksanaan Allah yang tidak terbatas, demikianlah Dia telah mencipta anda.
Sesetengah perkara dalam hidup ini tidak dapat diubah kerana dunia yang didiami ini. Contohnya, anda mungkin tidak dapat mengubah kenyataan bahawa ibu bapa anda sudah bercerai ataupun anak anda terlibat dalam situasi yang bahaya ataupun tingkah laku yang membinasa. Namun, anda boleh berdoa agar Tuhan membawa penyembuhan dalam anda dan dalam orang yang dikasihi.
Walau bagaimanapun, ada lingkungan diri anda, personaliti anda, dan emosi anda yang boleh diubah. Misalnya, anda mungkin fikir anda bersikap cemburu atau perengus. Saya ingin meyakinkan anda bahawa iri hati dan kemarahan yang mendadak ialah sikap perolehan. Anda boleh meminta Tuhan untuk menyembuhkan anda daripada kecemburuan dan kemarahan anda serta menolong anda untuk mempercayai Dia dan orang lain.
Jadi, bagaimanakah anda disembuhkan dari segi emosi? Pertama, anda mengenal pasti sifat yang tidak menyenangkan Tuhan dan meminta Dia untuk mengampunkan anda kerana membenarkan sifat itu untuk berkembang. Kedua, mintalah Dia untuk menyembuhkan kecenderungan anda itu. Ketiga, izinkan Dia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan-Nya dalam hidup anda untuk menyihatkan anda. Akhirnya, percayalah bahawa Allah sedang bekerja dalam hidup anda dan bahawa Dia akan menyihatkan anda menurut waktu-Nya dan berdasarkan kaedah-Nya.
Allah berbelas kasihan. Dia mengampuni, Dia menyembuhkan, dan Dia berjanji untuk memasuki mana-mana lingkungan hidup anda yang dibuka kepada-Nya. "Semoga Allah damai sejahtera menyucikanmu dengan sempurna dan memelihara roh, jiwa dan jasadmu, agar tidak ada cacat cela ketika Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali. Dia yang memanggil kamu itu setia, dan Dia akan melakukannya” (1 Tes 5:23-24).
Kitab
Perihal Pelan
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek keutuhan yang utama semasa mencari hal yang terbaik daripada Allah bagi kehidupan emosi anda. Anda tidak perlu mengikut tertib ini. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda membina tabiat utama dalam hidup anda yang akan menolong anda menjadi lebih utuh dari segi rohani dan emosi. Dapatkan lebih banyak pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.
More