Tujuh Kunci Keutuhan EmosiSampel

Seven Keys To Emotional Wholeness

HARI 4 DARIPADA 7

Kunci 4: Menghentikan Pertukaran Barter Dengan Allah

Mungkin anda fikir jika anda bekerja cukup keras dan melakukan cukup banyak perbuatan baik dalam hidup anda, anda akan menyenangkan hati Allah. Jika begitu, anda cuba menukarkan perbuatan baik dengan penerimaan Bapa. Sebenarnya, Allah menerima anda yang sedia adanya, tetapi anda susah menerima kasih-Nya.

Anda mungkin susah menerima belas kasihan Allah kerana anda tidak pernah menerima kasih-Nya sepenuhnya. Ataupun, anda biasa dengan budaya memberi-dan-menerima, membeli-dan-menjual sehinggakan anda menganggap anda boleh berurus niaga dengan Allah dengan cara yang sama: Anda melakukan ini untuk saya, dan saya akan melakukan itu untuk anda. Allah tidak bertindak berdasarkan prinsip manusia itu.

Prinsip-Nya ialah penerimaan total terhadap anda apabila anda memohon pengampunan-Nya dan melakukan kehendak-Nya. Jika Dia ingin mengubah sesuatu dalam hidup anda, hukuman-Nya adalah sabar dan baik (tidak pernah melebihi keupayaan anda untuk menahannya), dan kasih-Nya tidak putus-putus (tidak pernah ditahan atau dihilangkan). Anda tidak dapat membuat penukaran dengan kehendak Allah, walau betapa bersungguh-sungguh anda cuba pun.

Apakah pendekatan yang harus diamalkan jika bukan pertukaran barter? Saya gembira anda tanya! 

Percayalah Allah.

Mintalah apa yang anda inginkan daripada Dia, kemudian mempercayai Dia untuk menjawab doa anda menurut kebijaksanaan-Nya dan pemeliharaan tidak terbatas-Nya. "Jangan khuatir tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu minum, atau apa yang akan kamu pakai ... Bapa kamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu” (Mat 6:31-33).

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Seven Keys To Emotional Wholeness

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek keutuhan yang utama semasa mencari hal yang terbaik daripada Allah bagi kehidupan emosi anda. Anda tidak perlu mengikut tertib ini. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda membina tabiat utama dalam hidup anda yang akan menolong anda menjadi lebih utuh dari segi rohani dan emosi. Dapatkan lebih banyak pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.

More

Kami berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.intouch.org/reading-plans