Sikap Sampel
Yesus Meratap
Bagi segala sesuatu ada musimnya ... ada waktu untuk menangis ...Pengkhutbah 3:1, 4 AVB
Ada kalanya sikap yang positif bukanlah pendekatan yang betul. Budaya mungkin meyakinkan kita bahawa kita harus sentiasa bersikap positif, mengetepikan fikiran yang buruk dan menumpukan perhatian pada kebaikan—tetapi haruskah kata-kata dan perasaan kita kekal positif apabila barah sudah kritikal dan dijangka akan membawa maut? Atau penceraian dimuktamadkan? Atau anak meninggal dunia? Atau keganasan masih berterusan?
Semasa meratapi, Yesus menunjukkan sikap yang betul meskipun rasanya tidak positif.
Ratapan merupakan penyataan kesedihan atau kedukaan sepenuh hati. Ratapan mungkin tidak menyenangkan atau menyelesakan, tetapi ialah respons yang betul terhadap keseksaan yang mendalam dan kelihatan tidak dapat diselesaikan. Sebenarnya, jika mengikuti Yesus termasuk mengamalkan sikap yang ditunjukkan oleh-Nya dalam setiap situasi yang kita alami, maka mengelakkan ratapan mungkinlah tidak produktif bagi pertumbuhan rohani kita.
Memanglah biasa untuk mengelakkan perasaan yang menyakitkan dengan mengalihkan perhatian dengan hiburan, kepositifan palsu, dadah, alkohol, ataupun agama kosong. Walau bagaimanapun, kadang-kadang perkara terbaik yang dapat dilakukan ialah meratap: merasakan perasaan itu, memberitahu Allah dan orang lain tentangnya secara jujur, dan membenarkan Allah untuk memulakan penyembuhan keseksaan kita.
Yesus meratap. Yesus menangis. Mungkin sebab Yohanes 11:35 ialah ayat yang paling pendek dalam Alkitab ialah apabila kawan akrab anda meninggal dunia, hanya ada beberapa perkataan untuk menggambarkan respons yang betul. Jesus menangis kerana kematian kawan-Nya Lazarus—walaupun Dia akan membangkitkannya daripada kematian.
Di salib, Yesus menumpukan perhatian pada sukacita di hadapan-Nya, yang membolehkan Dia untuk mengamalkan sikap berkasih kurnia dan mengampuni sebagaimana Dia mengampunkan orang yang membunuh-Nya. Namun, pada ketika itu, Yesus masih berseru kepada Bapa-Nya, meratapi "Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?"
Allah bukanlah Allah yang bersikap tidak peduli yang memandang penderitaan ciptaan-Nya tanpa menampakkan sebarang emosi dari atas. Yesus sendiri menunjukkan bahawa kita boleh menyoal Allah semasa kesukaran yang paling menyeksakan. Allah manusia menangis kerana kematian manusia. Yesus tidak berhenti mempercayai kasih Bapa-Nya atau mempercayai mukjizat untuk Lazarus; Dia cuma menunjukkan kesedihan dan kedukaan sepenuh hati melalui tangisan-Nya. Dia meratap semasa kehilangan dan kesakitan.
Kehilangan atau situasi apakah yang nampaknya patut diratapi? Bagaimanakah anda mengikuti Yesus dengan mencontohi ratapan sihat terhadap kawan, keluarga, dan gereja anda?
Doa: Allah, Engkau ialah Allah yang menangis. Allah yang mengambil berat terhadap ciptaan-Mu dan menggalakkan mereka untuk bersedih. Tolonglah saya untuk merasai emosi saya, merasai penderitaan saya, dan meratap menangis. Tolonglah saya untuk mempercayai-Mu di tengah-tengah perasaan tersebut, seperti yang dilakukan oleh Yesus. Dalam nama Yesus, amin.
Perihal Pelan
Bagaimanakah kita menemui sikap yang betul untuk setiap situasi? Apakah sikap yang betul? Pelan Alkitab tujuh hari ini menemui jawapan dalam hidup dan ajaran Kristus. Izinkan dorongan harian, doa renungan, dan ayat Alkitab yang berkuasa ini membentuk minda Kristus dalam diri anda.
More