Sikap Sampel
Banyak Bersungut?
Allah meminta kita untuk bersyukur dalam segala sesuatu kerana demikianlah anda dapat menghadapi segala sesuatu. —Anne Voskamp
Pernahkah anda mendapati diri merungut? Mungkin anda bersungut tentang cara gereja anda menyembah, cara jiran anda mengundi, atau cara profesor anda mengajar. Ini menunjukkan sikap anda pada waktu itu—pemikiran atau perasaan anda tentang sesuatu hal itu. Rasul Paulus yang menyedari bahaya bersungut, mengajar kita dalam Filipi 2 untuk "lakukanlah segala sesuatu tanpa bersungut-sungut atau bertengkar."
Mengapakah Paulus menjadikan tidak bersungut itu keutamaan? Pertama, fikirlah tentang kasih Allah yang tetap, kelimpahan, dan mencukupi untuk semua orang. Daripada waktu kita bangun sehingga waktu tidur, Allah menjaga kita. Melalui Yesus, berkat Allah yang terbesar, kita boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengan Pencipta kita. Jika itu tidak mencukupi, Dia telah menjemput kita untuk bekerja bersama-sama dengan-Nya dalam misi yang bermakna untuk berkongsi kasih-Nya dengan dunia ini.
Sekarang ini, fikirlah tentang bersifat perungus dan berasa jengkel—adakah ini sepadan dengan berkat dan panggilan Allah terhadap hidup kita? Bagaimanakah kita menolak sikap perungus yang meresap masuk? Melalui kesyukuran.
Mengenal pasti perkara yang membuat kita rasa bersyukur pada masa lalu, sekarang, dan masa depan menempatkan hidup kita dalam perspektif, dan menolong kita untuk mengakui berkat yang telah diberikan kepada kita oleh Allah. Kita melihat Yesus menunjukkan sikap ini dalam Ibrani 12. Semasa berhadapan dengan kematian di salib, Yesus memandang sukacita yang menanti-Nya: masa depan dengan kita, umat yang Dia datang untuk selamatkan.
Bagi kita, mengamalkan kesyukuran mungkin kelihatan seperti waktu renungan pada permulaan hari atau penghujung hari tentang perkara yang membuat kita rasa syukur. Ataupun, menyebut frasa pemazmur berulang kali:
Ini hari yang dijadikan oleh TUHAN; kita akan bergembira dan bersukacita kerananya. Mazmur 118:24 AVB
Amalan kesederhanaan rohani jugalah berguna untuk melawan sungutan—kita boleh memilih kesyukuran dan kepuasan daripada selalu membeli barangan yang lebih banyak dan lebih baik.
Apabila kita mengingati hal yang membuat kita rasa syukur, terutamanya sukacita yang menanti kita melalui Kristus, sikap kita menjadi lebih menyerupai Yesus.
Doa:Allah, terima kasih kerana berkat-Mu yang tidak putus-putus dalam hidup saya, daripada perkara sehari-hari yang kecil kepada keluarga dan kawan saya, kepada hadiah yang terbaik: mengutus Anak-Mu untuk memberikan saya hidup yang kelimpahan. Tolonglah saya untuk melihat sukacita yang menantikan saya. Roh Kudus, bentuklah fikiran Kristus dalam saya. Dalam nama Yesus, amin.
Perihal Pelan
Bagaimanakah kita menemui sikap yang betul untuk setiap situasi? Apakah sikap yang betul? Pelan Alkitab tujuh hari ini menemui jawapan dalam hidup dan ajaran Kristus. Izinkan dorongan harian, doa renungan, dan ayat Alkitab yang berkuasa ini membentuk minda Kristus dalam diri anda.
More