Sikap Sampel

Attitude

HARI 4 DARIPADA 7

Menentang Iri Hati

Mengapakah kita berasa iri hati kerana kegembiraan dan kebaikan orang lain? Kerana kita sombong; kita ingin menjadi pemilik tunggal bakat, kekayaan, kehormatan, dan kasih seluruh dunia!—Saint John Vianney

Adakah sikap anda berubah apabila orang tertentu menampakkan diri? Sikap kita dipengaruhi fikiran kita dan perasaan kita tentang perkara dan orang, oleh itu, memang masuk akal bahawa sesetengah orang mengusik perasaan kita lebih daripada yang lain. Daripada menumpukan perhatian pada berkat Allah dalam hidup kita, kita mungkin memandang apa yang telah Allah lakukan untuk orang lain lalu berkata, "Saya berharap saya ialah dia." Itulah perasaan iri hati.

Iri hati ialah keinginan memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain, dan ini boleh membawa kepada peralihan sikap yang bahaya, termasuk kemarahan.

Iri hati merupakan tema salah satu daripada perumpamaan Yesus yang terkenal: perumpamaan anak yang sesat. Dalam cerita ini, seorang pemuda ingin sekali menerima kekayaan bapanya dan meminta agar ia menerima bahagian hartanya lebih awal. Pada waktu itu dan dalam budaya itu, permintaan seperti itu menandakan ia berharap bapanya mati sudah. Iri hati boleh menyebabkan tingkah laku seperti ini—memandang orang sebagai sedikit lebih daripada benda dan kejayaan.

Anak lelaki ini menghabiskan kekayaan yang membuatnya iri hati dengan menjalankan hidup yang melebihi kemampuannya. Apabila ia sedar akan ketandusannya dan bahawa hidupnya adalah lebih baik sebagai hamba di rumah bapanya, ia pulang, lemah semangat. Walau bagaimanapun, cerita Yesus mempunyai perubahan alur cerita. Daripada menghalau anak lelakinya, bapa itu berlari ke arah anaknya, memeluknya, dan menganjurkan majlis yang mewah untuk menyambut kepulangannya.

Namun, iri hati belum berakhir. Pemuda itu mempunyai seorang abang yang menyaksikan semua ini. Abang itu sangat marah kerana kasih kurnia yang ditunjukkan kepada adiknya sehinggakan ia menghamun bapanya dan tidak menyertai majlis itu. Apabila kita membenarkan iri hati untuk mewarnai pandangan kita terhadap orang lain, kita menghalang pandangan kita terhadap kelimpahan kasih kurnia Bapa syurgawi kita dengan tidak sengaja.

Walau bagaimanapun, kasih kurnia adalah memadai. Semasa berasa iri hati, kita tidak perlu membiarkan perasaan itu mempengaruhi sikap kita. Bapa dalam cerita Yesus itu membenarkan kasih kurnia dan kelimpahan membentuk sikapnya terhadap anaknya, dan kita boleh berbuat demikian juga, walau siapa pun yang kita rasa sukar dikasihi. Bapa syurgawi kita mengasihi kita dan orang yang membuat kita berasa iri hati dengan kasih mewah yang sama. Bagaimanakah kita menentang iri hati? Dengan menerima dan memberikan kasih kurnia.

Kepada siapakah anda akan memberikan kasih kurnia pada minggu ini? Dari segi apakah anda perlu menerima kasih kurnia?

Doa:Allah, terima kasih kerana berkat-Mu adalah untuk semua orang. Jika ada rasa iri hati dalam hati saya, tolonglah saya untuk menyerahkannya kepada-Mu. Tolonglah saya agar lebih mengasihi-Mu kerana kehendak-Mu untuk memberkati, dan tidak mengkritik kebaikan-Mu terhadap orang lain. Semoga-moga saya lebih sedar akan kasih kurnia-Mu yang mendalam bagi saya dan menemui kepuasan hati dalamnya. Dalam nama Yesus, amin.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Attitude

Bagaimanakah kita menemui sikap yang betul untuk setiap situasi? Apakah sikap yang betul? Pelan Alkitab tujuh hari ini menemui jawapan dalam hidup dan ajaran Kristus. Izinkan dorongan harian, doa renungan, dan ayat Alkitab yang berkuasa ini membentuk minda Kristus dalam diri anda.

More

Kami bersyukur kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/